Bantuan

W3C DISABILITY ACCESS

Laman web JPM menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access.

A) Pengguna cacat penglihatan;

Dapatkan IE Page Reader di sini.

1.Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda harus memuat turun MS Speech API. Jika anda menggunakan Window2000, besar kemungkinan sistem anda sudah memiliki komponen ini.

2.Anda juga perlu memuat turun sekurang-kurangnya satu Speech Engine. Speech Engine adalah 'suara' seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bercakap dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain.

Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.

B) Pengguna buta warna;

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman laman web JPM. Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan iaitu Normal, Merah, Biru dan Hijau .

Warna templet halaman laman web JPM akan berubah serta merta setelah pilihan dibuat.

C) Pengguna warga tua;

Bagi pengguna warga tua, laman web JPM ada menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza

Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman laman web JPM. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.