Seranta Awam Atas Talian

Seranta Awam Atas Talian (Online Public Engagement) adalah inisiatif Kerajaan dalam memberikan ruang dan galakan kepada orang awam mengutarakan pandangan dan maklum balas  bagi semua draf cadangan baru atau pindaan undang-undang (termasuk undang-undang kecil, dasar, peraturan, dan lain-lain), tidak kira sama ada cadangan baru atau pindaan tersebut perlu dibentangkan di Parlimen ataupun tidak.

Sehubungan itu, Portal ini disediakan untuk perundingan awam dan akan memaparkan draf cadangan baru atau pindaan undang-undang/dasar di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM). Draf tersebut akan dipaparkan pada laman web ini dalam tempoh 14 hari waktu bekerja.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelaksanaan Seranta Awam Atas Talian, sila rujuk Surat Pekeliling Am Bilangan 2 Tahun 2012.

Ruangan ini disediakan adalah untuk mendapatkan penglibatan orang awam terhadap garispanduan/pekeliling/kajian yang dijalankan oleh JPM. Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan awam akan dijadikan panduan untuk menambahbaik perkhidmatan kami. Pandangan/cadangan/pertanyaan mengenai draf ini juga boleh ditujukan kepada : 

webadmin@jpm.gov.my atau Komen dan Maklumbalas JPM