Arkib Maklum Balas

BAHAGIAN/UNIT SOALAN JAWAPAN
1. Bahagian Inovasi & Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM)

Saya ingin mengajukan soalan berkenaan permohonan jawatan kosong di Jabatan Perdana Menteri. Sekiranya saya ingin memohon untuk jawatan kosong di JPM, di mana boleh saya dapatkan maklumat terkini dan bagaimana permohonan boleh dilakukan?

Untuk makluman, urusan pelantikan ke perkhidmatan awam secara tetap/kontrak adalah dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi pemohon yang memiliki kelayakan akademik di peringkat PMR dan ke atas. Adalah disyorkan untuk terus memohon dengan SPA secara online dengan mengisi Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i) di alamat berikut: http://www.spa.gov.my/Portal/MaklumanBorangSPA8i. Permohonan juga boleh dibuat melalui portal www.jobsmalaysia.gov.my.

2. Bahagian Inovasi & Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM)

Saya berminat untuk menjalani latihan industry di Jabatan Perdana Menteri. Bagaimanakah permohonan boleh dibuat?

Maklumbalas bagi penerimaan latihan industri bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta hanya akan dikemukakan setelah menerima surat permohonan dari Universiti, resume terkini dan course outline. Permohonan akan diangkat bagi tujuan pertimbangan Pengurusan JPM terlebih dahulu.

Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan dokumen-dokumen berkenaan secara rasmi ke alamat berikut:-

Setiausaha Bahagian

Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia

Aras 3, Blok B8

Kompleks Jabatan Perdana Menteri

62502 Putrajaya.

3. Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Saya adalah pensyarah di Kolej Antarabangsa Putra Intelek (Puchong), ingin memohon kebenaran dari pihak tuan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan Perdana Menteri. Apakah prosedur yang perlu saya penuhi?

Prosedur dan Tatacara Pengurusan Lawatan ke Jabatan Perdana Menteri adalah seperti berikut:-

1. Permohonan untuk mengadakan lawatan ke Jabatan Perdana Menteri hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 1 bulan lebih awal daripada tarikh lawatan dengan mengemukakan surat rasmi melalui faks/e-mel/pos kepada:

Ketua Komunikasi Korporat

Unit Komunikasi Korporat

Jabatan Perdana Menteri

Blok B8 Kompleks JPM

62502 Putrajaya.

(u/p: Puan Hajah Noraini Binti Rahli)

Telefon : 03 – 8872 3437

Faks : 03 – 8888 3106

E-mel : nor.aini@jpm.gov.my

2. Lawatan hanya dibuka pada hari Selasa dan Khamis dan mempunyai dua sesi iaitu pagi bermula jam 10.00 pagi dan petang bermula jam 2.30 tengahari.

3. Setiap permohonan perlulah dikemukakan bersama-sama maklumat berikut:

a) Waktu dan Tarikh Lawatan

b) Bilangan Peserta

c) Senarai Nama (Nama, No. Kad Pengenalan, Status/Jawatan)

d) Pegawai untuk dihubungi

e) Objektif Lawatan (Disertakan Proposal jika ada)

4. Jumlah Peserta lawatan tidak lebih dari 100 orang.

5. Pembatalan penyertaan hendaklah dimaklumkan dengan kadar segera, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh lawatan berlangsung. Pembatalan saat akhir boleh menyebabkan institusi/sekolah/jabatan disenarai hitam untuk sebarang lawatan ke Jabatan Perdana Menteri pada masa akan datang.

6. Delegasi lawatan dari institusi pengajian tinggi/sekolah WAJIB disertai oleh sekurang-kurangnya seorang pensyarah / guru pengiring. Adalah menjadi tanggungjawab pensyarah / guru pengiring untuk memaklumkan prosedur lawatan ini kepada para pelajar dan mengawal tingkah laku mereka semasa lawatan.

7. Berpakaian sopan dan tidak menjolok mata. Etika pemakaian mengikut amalan apabila berurusan dengan agensi kerajaan yang WAJIB dipatuhi.

8. Penggunaan Kamera Digital / Video Kamera tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis bangunan.

9. Lokasi lawatan di Jabatan Perdana Menteri adalah terletak di Bangunan Perdana Putra, Kompleks A, JPM (Pejabat Perdana Menteri).

4. Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Bagaimana cara saya boleh mendapatkan gambar rasmi SPB YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong/ PM/TPM?

Untuk makluman, gambar rasmi SPB YDP Agong dan Raja Permaisuri Agong/PM/TPM boleh didapati di semua cawangan Jabatan Penerangan Malaysia.

Berikut adalah alamat Jabatan Penerangan Malaysia  untuk rujukan:

Aras 5, 8 -16 dan 18, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia

No. 49, Persiaran Perdana, Presint 4

62100, Putrajaya, Malaysia

E-mel: webmaster@inform.gov.my 

Tel: 603-8911 3440

Faks: 603-8911 7599

Laman Sesawang: http://www.penerangan.gov.my/

5. Unit Komunikasi Korporat (UKK)

Bagaimanakah cara saya boleh berhubung dengan YAB Perdana Menteri?

Untuk makluman, sebarang komen, pertanyaan, rayuan dan maklumbalas secara terus kepada Perdana Menteri boleh dihantar melalui portal Pejabat Perdana Menteri di www.pmo.gov.my di ruangan e-Maklumbalas serta boleh juga menulis surat secara rasmi kepada alamat berikut:-

YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

Perdana Menteri Malaysia

Pejabat Perdana Menteri Malaysia

Blok Utama, Bangunan Perdana Putra

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62502 Putrajaya.