ASPIRASI TRANSFORMASI NASIONAL 2050 JABATAN PERDANA MENTERI

       Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menganjurkan Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Bersama Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Ketua Setiausaha Negara. Penganjuran dialog ini akan bertemakan “Membina Masa Depan NegaraKu” yang bertujuan untuk mengukuhkan peranan penjawat awam dalam membentuk negara Malaysia yang kita mahukan pada masa hadapan.

Sehubungan dengan ini, JPM berbesar hati ingin mendapatkan aspirasi dan harapan Yang Berbahagia Tan Sri /Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan, warga JPM sekalian untuk dijadikan input awal persediaan pelaksanaan Dialog TN50 JPM. Aspirasi dan harapan ini perlu dikemukakan kepada urusetia JPM sebelum atau pada 11 Disember 2017 (Isnin) untuk penyelarasan dengan melayari pautan

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf5rdICfV1XHl1jzn0sRel8LRcbU3hWXHSxw-DsOsn7r6Q8aA/viewform?usp=sf_link.

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, Yang Berbahagia Tan Sri /Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan dialu-alukan untuk menghubungi pihak urus setia seperti berikut:

1    Puan Rosmida binti Omar : rosmida@jpm.gov.my (0388723720);

2    Puan Durrati binti Abdul Khalid : durrati@jpm.gov.my (03-88721864); dan

3    Cik Siti Rohaya binti Alias : siti.rohaya@jpm.gov.my (03-88721901).

 Sekian, terima kasih.