Latar Belakang Jabatan Perdana Menteri

 

Image

Latar Belakang JPM

Jabatan Perdana Menteri, yang sebelum ini dikenali sebagai Pentadbiran Am, JPM telah disusun semula menjadi sepuluh (10) bahagian iaitu Bahagian Inovasi & Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM), Bahagian Kewangan (B.Kew), Bahagian Pembangunan (B.Pemb), Bahagian Akaun (BA), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Bahagian Audit Dalam, Unit Komunikasi Korporat (UKK), Pejabat Penasihat Undang-Undang, Unit Integriti dan Unit PPA1M. Kesemua sepuluh (10) bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh dua (2) Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan TKSU (P) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan TKSU (K&P).

Visi

Menjadi penanda aras sistem penyampaian perkhidmatan sokongan dan tadbir urus terbaik sektor awam.

Misi

Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti.

Misi Perkhidmatan

Memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan yang cekap, cepat, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.

Objektif

Menentukan pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan, perakaunan dan khidmat pengurusan dilaksanakan mengikut dasar, perundangan/ peraturan dan garis panduan semasa.

Dasar Kualiti 

Jabatan Perdana Menteri adalah komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya berteraskan nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan profesionalisme.