Soalan Lazim - Kaunseling

KELAYAKAN

Siapakah yang layak untuk menerima perkhidmatan Kaunseling melalui Rakan Pembimbing Jabatan Perdana Menteri?

Jawapan :

Semua kakitangan dan pegawai yang berkhidmat dimana-mana agensi atau jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri adalah layak untuk menerima perkhidmatan kaunseling dari Rakan Pembimbing Jabatan Perdana Menteri.

REKOD PERIBADI

Adakah rekod peribadi saya terjejas apabila berjumpa dengan Rakan Pembimbing untuk mendapatkan khidmat kaunseling?

Jawapan :

Tidak. Rekod peribadi anda tidak akan terjejas apabila anda berjumpa dengan Rakan Pembimbing.

PERKHIDMATAN KAUNSELING

Bagaimana saya boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling dari Rakan Pembimbing?

Jawapan :

Perkhidmatan kaunseling yang diberikan oleh Rakan Pembimbing boleh dilakukan melalui e-mail, telefon atau bersemuka.

E-mail : Anda boleh menghantar e-mail kepada Rakan Pembimbing jika anda malu berjumpa terus dengan Rakan Pembimbing. Susulan dari itu, jika perlu barulah anda boleh membuat temujanji dengan Rakan Pembimbing.

Telefon : Anda boleh menghubungi terus Rakan Pembimbing melalui telefon. Sekiranya ketika itu Rakan Pembimbing boleh meluangkan masa untuk anda, bolehlah mengutarakan apa-apa isu kepada Rakan Pembimbing. Susulan itu, jika perlu barulah anda boleh membuat temujanji dengan Rakan Pembimbing.

Bersemuka : Ini adalah yang terbaik. Anda boleh bersemuka terus dengan Rakan Pembimbing (melalui temujanji yang telah dibuat terlebih dahulu) kerana ini akan melancarkan komunikasi, khidmat diberikan akan lebih mudah dan mempercepatkan proses penyelesaian isu dan cabaran.

RAHSIA

Adakah rahsia saya kan diketahui umum apabila saya meluahkan permasalahan saya pada Rakan Pembimbing?

Jawapan :

Tidak. Rakan Pembimbing dilatih secara berperingkat (3 peringkat kaunseling asas, pertengahan dan lanjutan) serta terikat dengan Piawaian Kaunseling Perkhidmatan Awam. Ini termasuklah isu kerahsiaan. Rakan Pembimbing tidak boleh berkongsi isu, atau membuat hebahan atau perkongsian masalah klien dengan orang lain tanpa persetujuan dari klien.

MASALAH

Sekiranya saya mempunyai masalah dan tidak mahu berhubung dengan Rakan Pembimbing dari Jabatan saya, bolehkah saya menghubungi Rakan Pembimbing dari jabatan lain selain dari Jabatan saya?

Jawapan :

Boleh. Anda boleh menghubungi Rakan Pembimbing selain dari Rakan Pembimbing di agensi/ jabatan anda untuk mendapatkan perkhidmatan.

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI :

ENCIK BADRUL HISHAM BIN ABU HANI

Telefon : 03-88723488