Soalan Lazim - Keselamatan

Apakah prosedur bagi permohonan pas keselamatan tetap/ sementara?

Jawapan :

  • Prosedur permohonan pas keselamatan tetap / sementara 

    a) Pas Keselamatan Tetap

    - Dikeluarkan bagi pegawai dan kakitangan yang bertugas di dalam Jabatan Perdana Menteri (Bangunan Perdana Putra dan Kompleks Jabatan Perdana Menteri)

  • - Pemohon dikehendaki mengemukakan: 

    i) Surat lantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 
    ii)Surat penempatan pegawai/ kakitangan
    iii)Salinan kad pengenalan pegawai/ kakitangan 
    iv)Surat pengesahan daripada jabatan
    v)Borang permohonan Pas Keselamatan Tetap yang telah lengkap diisi.

    b) Pas Keselamatan Sementara 

    - Pegawai dan kakitangan JPM tetapi bertugas di luar kompleks pentadbiran JPM. 
    Pelatih/ Sambilan/ Kontrak yang bertugas di dalam kompleks pentadbiran JPM.
    - Kakitangan agensi swasta yang sering / kerap berurusan di kompleks pentadbiran JPM. 
    - Pemohon dikehendaki mengemukakan:

    i)Surat sokongan dari jabatan/ agensi yang berurusan. 
    ii)Borang permohonan Pas Keselamatan Sementara yang telah lengkap diisi dengan memastikan;
    - ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ agensi/ syarikat
    - perakuan ketua Jabatan yang kerap dikunjungi di kompleks JPM.
    iii) Bayaran sebanyak RM60 bagi setiap permohonan yang baru – 
    (surat dari Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 11 Oktober 1999 bil. (Sk2/99) dlm. KK/BP(2.00)248/14-6)

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kes-kes kecemasan seperti kecurian, kemalangan, pencerobohan, kebakaran dan sebarang pelanggaran keselamatan?

Jawapan :

Anda adalah diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan, Seksyen Keselamatan di talian 03-88893063 bagi tindakan selanjutnya. 
- Bilik Gerakan Seksyen ini adalah berfungsi bagi menerima dan menyalurkan sebarang maklumat penting serta menyediakan bantuan kecemasan kepada pegawai/ kakitangan Jabatan yang bertugas di Bangunan Perdana Putra dan Kompleks JPM.

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI :

MAZLAN BIN MD NOOR

Telefon : 03-8872 3462