Audit Dalam

PEMERHATIAN AUDIT

Siapakah yang bertanggungjawab menjawab pemerhatian audit?

Jawapan :

Pegawai Pengawal bertanggungjawab untuk menjawab pemerhatian audit yang telah dibangkitkan seperti diperuntukkan dalam Arahan Perbendaharaan 306.

PEMERHATIAN AUDIT

Berapa lama tempoh masa yang di tetapkan/diberikan untuk menjawab Pemerhatian Audit?

Jawapan :

Tempoh yang di berikan untuk menjawab pertanyaan audit di JPM ialah 30 hari dari tarikh surat pemerhatian dikeluarkan. Jika jawapan tidak diterima surat peringatan akan dikeluarkan. Perkara-perkara material yang telah dibangkitkan perlu dijawab sehingga jawapan/ ulasan yang memuaskan diterima.

OBJEKTIF BAHAGIAN AUDIT DALAM

Bagaimanakah Bahagian Audit Dalam boleh membantu agensi mencapai objektifnya?

Jawapan :

Bahagian Audit Dalam boleh membantu agensi mencapai objektifnya melalui perkara berikut :-

a) Meningkatkan pengurusan kawalan dalaman kepada agensi.

b) Membantu agensi mengenalpasti kelemahan serta amalan yang bercanggah dengan peraturan semasa dan seterusnya memberi syor penambahbaikan bagaimana sesuatu isu dapat diselesaikan.

c) Membantu agensi meningkatkan akaun tabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan.

FOKUS BAHAGIAN AUDIT DALAM

Adakah Bahagian Audit Dalam hanya memfokuskan kelemahan agensi sahaja dalam menjalankan pengauditannya?

Jawapan :

Bahagian Audit Dalam bukanlah 'fault finder' tetapi adalah 'problem solver'. Bahagian Audit Dalam akan mengeluarkan laporan seimbang kepada organisasi yang diaudit. Ini bermakna amalan terbaik yang dipraktikkan oleh sesuatu agensi yang juga akan dimasukkan dalam laporan audit untuk pengetahuan pengurusan atasan serta menjadi tauladan kepada agensi lain.

PELAKSANAAN PENGAUDITAN OLEH BAHAGIAN AUDIT DALAM

Bagaimanakah pelaksanaan pengauditan oleh Bahagian Audit Dalam dilaksanakan di Jabatan/ Kementerian dan Agensi?

Jawapan :

Pengauditan oleh Bahagian Audit Dalam dibuat berdasarkan Rancangan Tahunan yang diluluskan oleh TKSUK dan juga permohonan yang dibuat oleh agensi kepada Bahagian Audit Dalam dari semasa ke semasa.

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI :

PUAN NORAZA MOHD ARIFF

Telefon : 03-8872 1817
 

Emel : noraza@jpm.gov.my