Keselamatan

Apakah prosedur bagi permohonan pas keselamatan tetap/ sementara?

Jawapan :

Prosedur permohonan pas keselamatan tetap / sementara

a) Pas Keselamatan Tetap

Dikeluarkan bagi pegawai dan kakitangan yang bertugas di dalam Jabatan Perdana Menteri (Bangunan Perdana Putra dan Kompleks Jabatan Perdana Menteri)

Pemohon dikehendaki mengemukakan:

  i)  Surat lantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
  ii)  Surat penempatan pegawai/ kakitangan
  iii) Salinan kad pengenalan pegawai/ kakitangan
  iv) Surat pengesahan daripada jabatan
  v)  Borang permohonan Pas Keselamatan Tetap yang telah lengkap diisi.

b) Pas Keselamatan Sementara

Pegawai dan kakitangan JPM tetapi bertugas di luar kompleks pentadbiran JPM.
Pelatih/ Sambilan/ Kontrak yang bertugas di dalam kompleks pentadbiran JPM.
Kakitangan agensi swasta yang sering / kerap berurusan di kompleks pentadbiran JPM.
Pemohon dikehendaki mengemukakan:

   i)  Surat sokongan dari jabatan/ agensi yang berurusan.
   ii) Borang permohonan Pas Keselamatan Sementara yang telah lengkap diisi dengan memastikan;
        - ditandatangani oleh Ketua Jabatan/ agensi/ syarikat
        - perakuan ketua Jabatan yang kerap dikunjungi di kompleks JPM.
  iii) Bayaran sebanyak RM60 bagi setiap permohonan yang baru.
(surat dari Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh 11 Oktober 1999 bil. (Sk2/99) dlm. KK/BP(2.00)248/14-6)

Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya berlaku kes-kes kecemasan seperti kecurian, kemalangan, pencerobohan, kebakaran dan sebarang pelanggaran keselamatan?

Jawapan :

Anda adalah diminta untuk menghubungi Bilik Gerakan, Seksyen Keselamatan di talian 03-88893063 bagi tindakan selanjutnya.

Bilik Gerakan Seksyen ini adalah berfungsi bagi menerima dan menyalurkan sebarang maklumat penting serta menyediakan bantuan kecemasan kepada pegawai/ kakitangan Jabatan yang bertugas di Bangunan Perdana Putra dan Kompleks JPM.

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI :

MAZLAN BIN MD NOOR

Telefon : 03-8872 3462