Kewangan

DOKUMEN BAYARAN GAJI

Apakah dokumen yang diperlukan untuk membolehkan Seksyen Kewangan memproses bayaran gaji seseorang kakitangan baru/ bertukar?

Jawapan :

Dokumen-dokumen ini perlu dikemukakan kepada Unit Pengurusan Sumber Manusia (Operasi) untuk disediakan Borang Kew 8. Baucer Bayaran akan diproses dalam masa 7 hari dari tarikh Seksyen Kewangan menerima Borang Kew 8. Dokumen-dokumen tersebut ialah :-

-
Salinan Kad Pengenalan.
-
Salinan Muka Hadapan Buku Akaun yang menunjukkan Nama, No. Kad Pengenalan dan Nombor Akaun.
-
Salinan sijil KWSP/ salinan Penyata atau dokumen yang menyatakan Nombor Ahli KWSP
(jika telah mencarum).
-
No. Cukai Pendapatan pegawai untuk potongan mengikut Dalam Jadual Potongan Cukai Berjadual.
-
Salinan Surat Setuju Terima Perlantikan

TUGAS RASMI

Saya seringkali melakukan kerja-kerja di luar pejabat dan kekerapan dalam sebulan adalah 3-4 kali, keadaan ini membuatkan wang gaji saya habis dibelanjakan untuk bayaran sewa hotel. Bagaimanakah untuk mengatasi masalah ini?

Jawapan :

Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 menerangkan pada perenggan 26: Seseorang pegawai yang dikehendaki bertugas rasmi di luar ibu pejabat sama ada di dalam atau di luar negeri adalah layak untuk memohon pendahuluan diri sebelum bertolak untuk menjalankan tugas rasminya tertakluk kepada syarat-syarat di Surat-Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1990 dan Bil. 2 Tahun 1993 serta apa-apa peraturan yang dikeluarkan dari masa ke semasa. Amaun pendahuluan diri perlu diselaraskan dan ditolak daripada tuntutan perjalanan pegawai. Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah:-

-
Borang Pendahuluan Diri (Kew 325) .
-
Salinan Surat Arahan menjalankan tugas (Dalam Negeri).
-
Salinan Surat Kelulusan Ke Luar Negara (Luar Negeri).

8883904

KERJA LEBIH MASA

Sekiranya saya di arah untuk membuat Kerja Lebih Masa, apakah saya layak untuk membuat tuntutan dan sekiranya saya layak dokumen apakah yang diperlukan untuk saya membuat tuntutan?

Jawapan :

Seseorang pegawai layak untuk membuat tuntutan jika pegawai berikut adalah dari kumpulan sokongan iaitu dari gred 1-36 kecuali anggota-anggota dalam perkhidmatan polis, penjara, bomba dan tentera (Perintah Am 14 - Bab G). Dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :-

-
Borang Tuntutan Kerja Lebih Masa.
-
Kenyataan Tugas.
-
Perkiraan Kadar Elaun Lebih Masa.
-
Tandatangan Pegawai Penyelia/Kelulusan Ketua Jabatan bagi Tuntutan melebihi 1/3 gaji.
-
Surat Arahan Kerja Lebih Masa/Surat Pengesahan Tugas Melebihi
8 jam (jika bertugas melebihi 8 jam).
-
Salinan Borang Perakam Waktu.
-
Salinan Buku Log (Bagi Pemandu)
-
Salinan Jadual tugas (bagi Pengawal Keselamatan)

 

BAYARAN ELAUN PENCERAMAH

Saya telah dijemput untuk memberi ceramah dalam satu Kursus Induksi. Adakah saya layak dan peraturan manakah perlu saya rujuk untuk mempastikan saya layak untuk membuat tuntutan?

Jawapan :

Bayaran Elaun Penceramah boleh dirujuk kepada Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 2005 dan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil 19 Tahun 2002. Dokumen yang perlu dilampirkan semasa permohonan tuntutan adalah seperti berikut :-

-
Lengkapkan maklumat kakitangan/ penceramah dalam borang Tuntutan Penceramah.
-
Nyatakan kelayakan akademik bagi penceramah luar.
-
Sertakan salinan surat jemputan ceramah.
-
Sahkan dokumen yang disertakan.

TUNTUTAN PERJALANAN

Apakah dokumen yang perlu ada semasa saya mengemukakan tuntutan perjalanan ke luar negara. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang peraturan dan kadar kelayakan dokumen apa perlu saya rujuk?

Jawapan :

Bagi tuntutan perjalanan seseorang pegawai/kakitangan boleh merujuk kepada Perintah Am Bab B dan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 3 Tahun 2003 dan Bil. 2 Tahun 2008. Dokumen yang perlu ada peraturan semasa mengemukakan tuntutan adalah seperti berikut :-

-
Salinan Surat Kelulusan Ke Luar Negara daripada Pegawai Pengawal.
-
Borang tuntutan ke luar negara.
-
Lengkapkan maklumat pegawai di Penyata Tuntutan.
-
Dokumen asal bagi resit/dobi/hotel dan pengangkutan serta perlu disahkan atas urusan rasmi.
-
Surat kelulusan menggunakan kenderaan sendiri jika melebihi 240 km.
-
Bil/ resit yang bersaiz kecil perlu ditampal di atas kertas Bersaiz A4.
-
Pengesahan perlu dibuat samada pegawai diberi taraf tetamu (jika mengikuti rombongan lawatan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
-
Pengesahan sama ada mengambil atau tidak Pendahuluan Diri.
-
Salinan Surat Kelulusan Pendahuluan Diri

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI :

CIK SAPIAH BINTI HASHIM

Telefon : 03-8872 1980

Emel : sapiah@jpm.gov.my

88883904