Pengurusan Aset & Stor

PENGURUSAN ASET ALIH
 
PERATURAN

Apakah peraturan yang perlu dirujuk dalam menguruskan aset alih Kerajaan?

Jawapan :

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (PP Bil. 5/2007). Walau bagaimanapun, Penentuan kadar nilai di bawah ‘Kuasa Melulus’ telah dipinda dan perlu merujuk kepada Akta Perwakilan Kuasa 1956, P.U. (B) 285 bertarikh 6 Ogos 2009.

PENDAFTARAN

Adakah perolehan buku-buku perpustakaan perlu didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Aset?

Jawapan :

Buku-buku perpustakaan tidak perlu diuruskan mengikut PP Bil. 5 Tahun 2007 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Pendaftaran buku tersebut hendaklah mengikut rekod yang telah diwujudkan sendiri oleh Perpustakaan.
 
 
PELUPUSAN
 
Apakah kaedah termudah untuk melupuskan bahan-bahan buangan terjadual (eletrik/eletronik, minyak terpakai, bateri kenderaan, bahan binaan, bahan kimia dan lain-lain bahan mudah terbakar)?
Jawapan :
 
Dilupuskan kepada premis-premis pemerolehan kembali(e-waste) yang berdaftar dan tersenarai di Jabatan Alam Sekitar (negeri atau ibu pejabat).
 
 
Sekiranya sesebuah kenderaan dilupus tetapi bahagian enjin digunakan semula, adakah kelulusan Perbendaharaan diperlukan?
Jawapan :
Kelulusan pelupusan diberikan untuk satu buah kenderaan bukannya bagi bahagian/komponen tertentu. Sekiranya bahagian enjin/komponen tertentu hendak digunakan semula, Kementerian/Jabatan semasa permohonan pelupusan hendaklah menyatakan kaedah pelupusan secara tukar ganti (Cannibalize) yang perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan tanpa mengira nilai perolehan asal.
 
KEHILANGAN
Apakah tindakan yang perlu diambil ketika mengetahui ada aset kerajaan yang hilang?
 
Jawapan :
1-  Lapor kepada Ketua Jabatan serta-merta,
2-  Laporan polis dalam tempoh 24 jam; dan
3-  Laporan Awal (KEW.PA-28, PP Bil. 5/2007) berserta laporan polis dan daftar aset dikemukakan
    kepada Pegawai Pengawal dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dalam masa dua hari serta salinan
     kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Audit Negara dan wakil tempatan Ketua Audit Negara.
 
Sekiranya saya dikenakan bayaran balik di atas kecuaian saya dalam penjagaan aset alih kerajaan, adakah ia kesan pada perkhidmatan saya?
 
Jawapan :
 
Bayaran balik tidak akan memberi kesan kepada prestasi, peluang kenaikan pangkat, berkursus dan sebagainya ke atas seseorang pegawai kerana ia bukan merupakan tindakan tatatertib. Tujuan direkodkan adalah bagi memastikan pegawai tidak melakukan kesalahan yang sama berulangkali dan jika berulang kali dilakukan maka tindakan yang lebih tegas boleh dikenakan ke atas pegawai yang terlibat berdasarkan rekod dalam Buku Perkhidmatan.
 
88883904