Pengurusan Inovasi & Dasar

MAJLIS BERSAMA JABATAN

Sebagai Ketua Jabatan, saya sering mengadakan berbagai bentuk mesyuarat dengan kakitangan saya dan antara lainnya juga membincangkan mengenai hal-hal pejabat termasuk kebajikan pekerja. Dalam hal ini, bolehkah jabatan saya mendapatkan pengecualian dari menubuhkan MBJ?

Jawapan :

Semua agensi kerajaan yang tidak tergolong dalam jawapan kepada Soalan 1, iaitu yang mengendalikan secara langsung urusan pentadbiran, pengurusan sumber manusia dan hal ehwal kewangan, hendaklah menubuhkan MBJnya sendiri. Berlainan dengan mesyuarat-mesyuarat lain, mesyuarat MBJ merupakan forum rasmi perundingan dua hala di antara Pihak Pengurusan dan Pihak Pekerja. Sekiranya terdapat mesyuarat-mesyuarat lain, Pihak Pengurusan hendaklah mengenalpasti mana-mana perkara atau masalah yang perlu dibawa ke dalam mesyuarat MBJ.

MAJLIS BERSAMA JABATAN

Apakah faedah yang boleh diperolehi dari penubuhan MBJ?

Jawapan :

Terdapat beberapa jenis faedah yang boleh diperolehi oleh Pihak Pengurusan. Pihak Pekerja dan organisasi berkenaan sekiranya MBJ ditubuhkan dan digerakkan secara aktif, iaitu dengan mengadakan mesyuarat sekali dalam tempoh 3 bulan atau 4 kali setahun. Faedah ini termasuklah kepuasan pekerja, peningkatan produktiviti, kesetiaan kepada organisasi, penjimatan kos dan sebagainya. Maklumat lanjut mengenai faedah-faedah MBJ adalah seperti tercatat di bawah tajuk kecil I

MAJLIS BERSAMA JABATAN

Bagaimanakah pindaan Perlembagaan MBJ boleh dibuat oleh Jabatan/ Agensi?

Jawapan :

Perlembagaan Majlis boleh dipinda di dalam mana-mana mesyuarat MBJ. Notis mengenai pindaan hendaklah di beri dan di edarkan kepada ahli-ahli Majlis sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh mesyuarat. Segala pindaan perlembagaan yang telah di luluskan oleh Majlis hendaklah dikemukakan ke Jabatan Perkhidmatan Awam untuk diluluskan.

HRMIS

Apakah peranan Kementerian dan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan HRMIS?

Jawapan :

Kementerian/ SUK bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berikut :

(a)
merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan HRMIS;
(b)
memastikan semua data asas HRMIS disahkan dan sentiasa kemaskini;
(c)
Kementerian/ SUK untuk menangani dan menguruskan masalah pelaksanaan HRMIS;
(d)
tapak/ bilik, pendawaian, punca kuasa dan rangkaian bagi pelaksanaan HRMIS;
(e)
memastikan semua aspek keselamatan HRMIS mematuhi standard yang ditetapkan oleh MAMPU melalui dokumen MyMIS;
(f)
menyediakan kepakaran bagi membantu menyelesaikan masalah teknikal semasa pelaksanaan HRMIS; dan
(g)
menguruskan latihan pengguna aplikasi HRMIS.

Di samping itu, Kementerian/ SUK juga bertanggungjawab menerajui dan memastikan pelaksanaan HRMIS bagi agensi di bawah kawalan masing-masing.

Bagi memastikan pelaksanaan HRMIS di peringkat Kementerian dan SUK serta agensi-agensi di bawahnya berjalan lancar, satu Pasukan Petugas Pelaksanaan HRMIS di bawah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia perlu ditubuhkan di Kementerian dan SUK. Tugas-tugas pelaksanaan HRMIS perlu dimasukkan dalam senarai tugas pegawai-pegawai berkenaan.

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI :

HRMIS -

ENCIK MOHD EZWANI BIN BAHAROM
Telefon : 03-8872 1892
 
MBJ -
 
PUAN SYAFINI SAMSUDDIN
Telefon : 03-8872 1908