Piagam Pelanggan Jabatan Perdana Menteri

PIAGAM PELANGGAN JPM

  1. Memastikan urusan sumber manusia diselesaikan dalam tempoh 3 hingga 10 bekerja  mengikut jenis urusan:
  1. Mengedarkan Minit Mesyuarat Pengurusan JPM yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri KSN dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
  2. Mengeluarkan keputusan Panel Pengurusan Program Transformasi Minda (PTM) yang ditandatangani oleh SUB(S) kepada jabatan/agensi dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah diperakukan;
  3. Mengeluarkan Surat Keputusan/Penyiaran urusan kenaikan pangkat/pemangkuan Kumpulan Sokongan II, Perkhidmatan Bukan Gunasama, Jabatan Perdana Menteri dalam masa lima (5) hari bekerja selepas minit mesyuarat lengkap diterima;
  4. Mengemukakan laporan akhir kaunseling kepada Ketua Jabatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas semakan laporan oleh Ketua Seksyen bagi kes rujukan (tidak termasuk kes rujukan untuk Tempoh Pemerhatian Dasar Pemisah);
  5. Mengemukakan perakuan pengukuhan perjawatan yang diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi JPM kepada jabatan/agensi yang memohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh kelulusan;
  6. Mengeluarkan surat keputusan permohonan elaun, cuti dan kemudahan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan diterima; dan
  7. Mengeluarkan surat penempatan pegawai dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh pegawai melaporkan diri.
  1. Menyempurnakan 98% bayaran dalam tempoh 4 hari kalendar dari tarikh terima baucar bayaran lengkap.
  1. Memastikan urusan berkaitan Belanjawan , Kewangan dan Perakaunan, Perolehan Kerajaan Dan Pengurusan Aset dilaksanakan dalam tempoh dua (2) hingga tujuh (7) hari bekerja.
  1. Memastikan semua urusan Bahagian Pembangunan JPM mematuhi urusan berikut :
  1. Pengagihan Peruntukan Pembangunan (DE) dibuat mengikut peraturan dan prosedur dalam tempoh tiga  (3) hari bekerja selepas Waran Am diterima;
  2. Penyaluran Waran Pindah Peruntukan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh kelulusan Pegawai Pengawal dan Notis Perubahan diluluskan oleh EPU;
  3. Permohonan Notis Perubahan (NOC) dikemukakan kepada EPU dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima; dan
  4. Permohonan pemberimilikan tanah dikemukakan kepada JKPTG dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.
  1. Memastikan Unit Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia mematuhi urusan berikut :
  1. Mengeluarkan surat pengesahan kepada pihak yang mengemukakan cadangan PPA1M dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh penerimaan kertas cadangan yang lengkap (berdasarkan senarai semak).
  2. Surat niat (LOI) / surat penolakan dikeluarkan kepada pemaju dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas PPA1M
  1. Memastikan urusan berkaitan Bahagian Audit Dalam dilaksanakan seperti berikut :
  1. Pemerhatian Audit Pengurusan Kewangan dikemukakan kepada Jabatan/Agensi JPM dalam tempoh 23 hari bekerja selepas pengauditan selesai dijalankan.
  2. Ulasan terhadap maklum balas daripada Jabatan/Agensi JPM yang diaudit dikeluarkan dalam tempoh 13 hari bekerja selepas jawapan diterima lengkap dengan dokumen sokongan.
  1. Memberi maklum balas awal terhadap aduan JPM yang diterima dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  1. Memastikan Unit Integriti JPM dipatuhi seperti berikut :
  1. Melaksanakan pengesanan dan pengesahan ke atas aduan/maklumat yang diterima untuk tindakan tatatertib atau melaporkan kepada agensi penguatkuasaan yang          bertanggungjawab dalam tempoh sekurang-kurangnya empat (4) minggu.
  2. Melaksanakan program pengukuhan integriti kepada warga JPM dan Jabatan/Agensi di bawah JPM  sekurang - kurangnya satu aktiviti setiap bulan.
  1. Menyelesaikan urusan hal ehwal pentadbiran bagi urusan berikut:
  1. Memastikan pihak pengurusan fasiliti bangunan mengambil tindakan terhadap aduan dalam masa tiga (3) hari bekerja sekiranya ia tidak melibatkan kontraktor/pembekal luar.
  2. Menyelesaikan aduan kerosakan ICT secara dalaman dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sekiranya  tidak melibatkan pembekal.
  3. Memastikan surat masuk yang diterima oleh Seksyen Pengurusan Rekod diedarkan melalui sistem DDMS dalam  tempoh satu (1) hari bekerja.
  4. Memastikan permohonan untuk ke luar negara (atas urusan persendirian) diberi jawapan dalam tempoh  dua (2) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  5. Mengeluarkan Pas Keselamatan Tetap secara dalaman dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan Pas Keselamatan Sementara dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
  6. Mengemukakan notis peringatan pemulangan bahan bacaan seperti berikut :

                       Pertama : 1 hari bekerja selepas tamat tempoh pinjaman;

                       Kedua : 7 hari bekerja selepas notis peringatan pertama; dan

                       Ketiga: 14 hari bekerja selepas notis peringatan kedua.

10.   Memberi perkhidmatan nasihat undang-undang yang berkualiti, professional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Malaysia dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja bergantung pada kerumitan isu.

Pencapaian Piagam Pelanggan Julai 2017