7 ministries achieve excellence results, says AG

Tarikh : 
06/08/2018
New Straits Times (Story of the Day: m/s 2) – Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad menjelaskan sebanyak tujuh daripada 25 kementerian mencapai tahap cemerlang bagi pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) pada tahun lalu. Sebanyak 16 kementerian pula mencapai tahap baik, manakala dua lagi berada pada tahap memuaskan, selain 13 jabatan telah mencapai tahap cemerlang dan lima pada tahap baik. Tambah beliau pada 2017, pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) menggunakan pendekatan baharu iaitu berasaskan risiko, yang mana setiap kriteria yang diaudit dikategorikan kepada tiga tahap risiko iaitu risiko tinggi, risiko rendah dan risiko sederhana. Selaras dengan pelaksanaan pendekatan baharu ini, pelaporan bagi LKAN 2017 Siri 1 mengenai pengurusan kewangan hanya dibuat berdasarkan prestasi kewangan 2017 sahaja, tanpa perbandingan dengan prestasi tahun sebelum.
Lampiran Imej: