ECER attracts RM109b in investments

Tarikh : 
08/08/2017

New Straits Times (News: m/s 6) – Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) berjaya menarik 14 syarikat tempatan dan asing  dalam perjanjian memorandum persefahaman (MoU) dengan pelaburan RM9.9 bilion, menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan ke koridor ekonomi itu sebanyak RM109.15 bilion. Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Seri Jebasingam Issace John, berkata pelaburan yang di­meterai dalam MOU tersebut bakal mewujudkan lebih 4,000 peluang pekerjaan baharu dan peluang keusahawanan lebih besar untuk wilayah berkenaan. Majlis menandatangani perjanjian dan MoU itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan ECERDC. Dalam perkembangan berkaitan, program transformasi ECER telah memberi impak positif terhadap kehidupan rak­yat dengan mewujudkan lebih 140,000 pekerjaan dan 26,000 peluang keusahawanan di kawasan bandar serta luar bandar.

Lampiran Imej: