ECRL kelas dunia

Tarikh : 
10/08/2017

Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 3) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai kira-kira RM55 bilion bakal menjadi satu lagi projek pengangkutan awam berkelas dunia dari segi keselamatan, kebolehpercayaan dan kecekapan kos sekali gus mencetus pemangkin pertumbuhan ekonomi baharu negara. Ia adalah seperti mana projek transit aliran massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang yang membuatkan rakyat percaya kerajaan mampu menyediakan kemudahan pengangkutan awam bertaraf dunia. Projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) itu mendapat sokongan 95% daripada 17,000 responden ha­sil kaji selidik yang dijalankan selama tiga bulan. Laluan tersebut menghubungkan Wi­la­yah Ekonomi Pantai Timur (ECER) seperti Taman Industri Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dan Taman Halal Gambang di Pahang, Taman Biopolimer Kerteh (Terengganu) dan Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali di Kelantan, melibatkan 22 hentian. 

Lampiran Imej: