Malaysia, Qatar to boost ties in trade, investment

Tarikh : 
07/12/2018

New Straits Times (Nation: m/s 4) – Malaysia dan Qatar menyatakan komitmen masing-masing untuk terus meneroka lebih banyak peluang dan potensi dalam bidang pelaburan dan perdagangan di kedua-dua negara. Komitmen itu dinyatakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani pada mesyuarat delegasi di Bangunan Perdana Putra, semalam. Sebelum itu, kedua-dua pemimpin mengadakan mesyuarat empat mata. Ia adalah pertemuan rasmi pertama Dr Mahathir dan Sheikh Tamim sejak pertukaran kerajaan Malaysia pada Mei lalu. Perkara itu disampaikan oleh Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Timbalan Perdana Menteri Qatar yang juga Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al-Thani, pada sidang media bersama selepas mesyuarat berkenaan.

Lampiran Imej: