MRT project a success story

Tarikh : 
25/07/2017

New Straits Times (News: m/s 22) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak menyifatkan Laluan Mass Rapid Transit (MRT) Sungai Buloh-Kajang (SBK), yang baru beroperasi sepenuhnya pada 17 Julai lalu sebagai "satu “success story” bagi Malaysia kerana dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Ia bukan sahaja memberi manfaat kepada penduduk setempat, malah memberi kebaikan kepada kawasan yang tidak berada dalam jajaran sistem itu, termasuk penyediaan 300 bas pengantara serta kemudahan Park N Ride. Pembinaan MRT ini dapat mengurangkan kesesakan jalan raya sekaligus memudahkan dan melancarkan perjalanan selain menjimatkan masa. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) berhubung impak MRT yang dibangunkan tanpa sebarang perjanjian konsesi serta kejayaan menyiapkannya dengan kos yang lebih rendah.

Lampiran Imej: