Pasaran modal naik 9% - PM

Tarikh : 
26/07/2017
Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 3) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, pasaran modal negara meningkat 9% kepada RM3.1 trilion dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini dan kini menduduki tempat kelima di Asia sejajar dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Malaysia terus menarik minat pelabur dalam dan luar negara dengan jumlah aliran masuk bersih pasaran ekuiti sebanyak RM11 bilion pada separuh pertama tahun ini berbanding RM3 bilion aliran keluar bagi keseluruhan 2016. Negara turut menjadi lokasi utama kepada syarikat tersenarai di ASEAN dan Bursa Malaysia juga telah mencatatkan dana sebanyak AS$29 bilion (RM124.2 bilion), malah mata wang ringgit digambarkan oleh Bloomberg baru-baru ini sebagai mata wang Asia utama yang terkuat bagi suku ini, menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia terus maju dan lebih kuat dari sebelum­nya hasil daripada pembaharuan dan program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Lampiran Imej: