New Straits Times (News: m/s 6) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan Malaysia sebagai hab Pertubuhan Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) yang pertama di Asia Pasifik membuktikan usaha kepimpinan negara ini dalam membangunkan pasaran modal berkualiti diiktiraf di peringkat global. Penubuhan hab IOSCO bagi Asia Pasifik di Malaysia adalah tepat pada waktunya kerana rantau ini merupakan pemain utama dalam pasaran global ketika ini. Peranan IOSCO adalah untuk mewujudkan kerjasama erat merentasi sempadan dan kepakaran dalam kalangan rakan pengawal selia domestik serta antarabangsa bagi membangunkan pasaran modal Asia Pasifik dan kapasitinya.
Lampiran Imej:
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox 3.6, Google Chrome, Internet Explorer 8.0 dengan resolusi skrin 1024 x 768. Adobe Flash Player diperlukan untuk melihat aplikasi tertentu dalam portal ini.
Jabatan Perdana Menteri
Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya, Malaysia
No. Telefon : 603-8000 8000
No. Faksimile : 603-8888 3904