Produktiviti buruh naik 4.2 peratus

Tarikh : 
28/11/2017

Utusan Malaysia (Dalam Negeri: 2) – Malaysia merekodkan peningkatan produktiviti buruh sebanyak 4.2% bagi suku ketiga tahun ini yang disumbangkan oleh empat sektor utama iaitu pertanian, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan, jelas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Pencapaian tersebut lebih tinggi daripada sasaran purata pertumbuhan tahunan sebanyak 3.7% yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Secara keseluruhannya, pencapaian produktiviti buruh setakat ini memberangsangkan dan selari dengan hasrat kerajaan untuk mencapai ekonomi yang didorong oleh produktiviti.

Lampiran Imej: