Fungsi JPM: Laman2 of 2

  • Menyedia dan melaksanakan pentadbiran undang-undang berlandaskan undang-undang Islam secara adil dan berkesan melalui akta-akta yang telah diluluskan.
  • Mewujudkan fatwa-fatwa yang tetap dan kemas berasaskan kepada Al-Quran, As-Sunah, Ijmak dan Qias serta sumber-sumber lain yang muktabar serta mewujudkan tenaga pengajar agama Islam yang berwibawa dan beramal dengan Ahli Sunah Wal-Jemaah.
  • Memastikan bantuan perundangan, khidmat nasihat dan khidmat perantaraan diberikan kepada mereka yang kurang berkemampuan.
  • Memastikan urusan pentadbiran Jabatan dan pembangunan mahkamah dirancang, diselaras dan dilaksanakan dengan cekap, teratur dan berkesan serta membantu di dalam penambahbaikan keadilan sistem pentadbiran dan perundangan negara.
  • Memastikan semua kes-kes yang didaftar di Mahkamah dapat diselesaikan dengan segera, adil dan berlandaskan prinsip undang-undang negara serta dihormati dan diyakini oleh semua pihak.
  • Memastikan urusan pentadbiran dan perkhidmatan Insolvensi dilaksanakan selaras dengan kehendak undang-undang dan keperluan pelanggan dengan cekap, cepat dan berkesan.
  • Memastikan Jabatan mempunyai sumber manusia, kewangan, peralatan dan prasarana yang mencukupi dan sesuai untuk membolehkannya menjalankan peranan dan tugas-tugas secara berkesan.
  • Membantu orang ramai yang menghadapi masalah dengan jentera pentadbiran awam untuk merawat pulih aduan yang berasas dan memanfaatkannya sebagi input untuk agensi kerajaan mempertingkatkan akauntabiliti, kualiti dan produktiviti perkhidmatan awam.
  • Meningkatkan pengetahuan, kepakaran, kualiti dan prestasi pegawai-pegawai perkhidmatan awam, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan yang terlibat dalam bidang kehakiman, perundangan dan penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan perkhidmatan yang adil, cekap dan berkesan melalui latihan yang sistematik dan terancang.
  • Bertindak sebagai penghubung antara Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan bagi memudahcara projek-projek Persekutuan dan perkara-perkara yang menjadi perhatian terus YAB Perdana Menteri.
  • Memastikan penyediaan, penafsiran dan penyebaran perangkaan yang berkualiti, terkini, lebih cekap dan berkesan bagi tujuan pembentukan pelaksanaan dasar perancangan pembangunan dan pentadbiran negara.
  • Melindung dan memajukan hak asasi manusia di Malaysia
  • Memajukan masyarakat luar bandar khususnya kumpulan sasar PERDA, FELDA dalam semua bidang sosio-ekonomi melalui usaha-usaha pembangunan manusia, ekonomi dan fizikal dengan tumpuan kepada peningkatan taraf hidup.