JAWATANKUASA AUDIT

 
LATAR BELAKANG
  • Mesyuarat Jawatankuasa Audit (JKA), Jabatan Perdana Menteri (JPM) diadakan pada setiap suku tahun.
  • Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Datuk Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri. Keahlian mesyuarat ini terdiri daripada Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia, Setiausaha Bahagian Kewangan, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Ketua Akauntan, Ketua Unit Integriti serta Setiausaha Bahagian Audit Dalam sebagai Setiausaha. 
  • Pemilihan Jabatan/Agensi untuk menghadiri mesyuarat dan memberikan maklum balas kepada penemuan audit yang dibangkitkan adalah berdasarkan kepada isu berimpak tinggi/material, isu yang tidak dijawab atau maklum balas yang diberikan terlalu umum.