Keratan Akhbar

18/04/2016

Berita Harian (Nasional: m/s 2) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika merasmikan Fasa Keempat Projek Lebuhraya Pan Borneo-Jajaran Simpang Bintangor ke Jambatan Sungai Kua berkata projek adalah manifestasi pembangunan dan sosioekonomi yang membawa impak besar kepada rakyat, terutamanya di Sarawak dan Sabah, selain membuktikan keupayaan Barisan Nasional membawa pembangunan kepada rakyat sebagaimana yang dijanjikan dalam aku janji dan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13. 

15/04/2016

New Straits Times (Prime news: m/s 4) – Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, kira-kira 1.3 juta penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuatkuasa 1 Julai depan. Perlaksanaan rasionalisasi skim perkhidmatan tersebut yang akan membabitkan perbelanjaan pengurusan sebanyak RM1 bilion tetap ditunaikan kerajaan sebagaimana diumumkan pada pembentangan bajet lalu.  Tan Sri Dr. Ali Hamsa juga meminta penjawat awam meningkatkan produktiviti dan daya usaha dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat. 

14/04/2016

The Star (Nation: m/s 2) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen pada jam 7.45 pagi waktu tempatan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-13. Perdana Menteri semalam turut melancarkan ruang penumpang dan projek pelebaran dewan masuk baharu Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen. Lapangan terbang tersebut dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia Airports Holdings Berhad.

                                     Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak turut menyaksikan satu lagi pencapaian besar syarikat utiliti negara Tenaga Nasional Berhad (TNB) apabila berjaya memasuki sektor tenaga di Turki. Kejayaan itu dicapai menerusi pemilikan 30 peratus pegangan ekuiti dalam Gama Enerji A.S menerusi Global Power Enerji A.S iaitu anak syarikat TNB. Pelaburan TNB dalam Gama Enerji memberi peluang memperluaskan lagi pengembangan serantau dalam aspek pembelian aset, projek lapangan baharu, pengoptimuman portfolio dan kemasukan pasaran bekalan.

13/04/2016

Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 3) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, pelabur-pelabur asing telah membelanjakan RM5.5 bilion dengan membeli saham-saham tempatan di samping membuat pelaburan dalam negara pada suku pertama tahun ini membuktikan keyakinan pihak luar terhadap ekonomi Malaysia yang berupaya membina sebuah ekonomi yang berdaya tahan, mapan dan inklusif.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, walaupun negara turut menerima kesan akibat ketidaktentuan ekonomi dunia, namun kerajaan mengambil langkah strategik untuk ‘berlindung’ daripada cabaran tersebut. Antara langkah itu ialah dengan melakukan pengubahsuaian bajet pada awal tahun ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal utuh di samping memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat tidak terabai.

12/04/2016

Berita Harian (Nasional: m/s 2) – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata Penjawat awam akan menerima pelbagai manfaat baharu hasil penambahbaikan 252 Skim Perkhidmatan Awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan diumumkan. Penambahbaikan skim ini membabitkan peluang kenaikan pangkat lebih luas bagi penjawat awam dan bakal berkuat kuasa bermula 1 Julai depan. Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda berkata susulan penambahbaikan itu juga, tangga gaji pokok turut meningkat selaras dengan kenaikan gred mereka namun lain-lain elaun masih dikekalkan dan penjawat awam juga diberi pilihan sama ada mahu menerima skim baharu atau mehu kekal dengan gred yang lama.

11/04/2016

New Straits Times (Prime news: m/s 21) – Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri bakal memperkenalkan aplikasi telefon pintar yang menghubungkan kesemua agensi kerajaan sebelum penghujung tahun ini bagi memudahkan rakyat menyalurkan cadangan dan aduan. Ketua Pengarah BPA, Datuk Harjeet Singh berkata, seiring dengan perkembangan teknologi dan penggunaan telefon pintar dalam kalangan rakyat, sudah tiba masanya aplikasi berkenaan dibangunkan. BPA kini sedang meniliti kos membangunkan aplikasi berkenaan dan sedang menunggu kelulusan dana daripada kerajaan.

08/04/2016

New Straits Times (Prime news: m/s 9) – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, kerajaan akan meneruskan usaha untuk meningkatkan gaji penjawat awam bermula 1 Julai ini sepertimana yang telah dijanjikan walaupun berdepan dengan cabaran ekonomi semasa.  Menurutnya, kerajaan juga akan melaksanakan 252 skim bermula 1 Julai, di mana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan mengeluarkan surat opsyen mengenai perkara tersebut.

Tan Sri Dr Ali juga menyarankan Ketua Jabatan agar berfikiran lebih kreatif mengatasi had bajet dalam memnuhi keperluan tempoh latihan tujuh hari setahun bagi setiap penjawat awam.  Menurutnya, walaupun Kementerian Kewangan mengarahkan JPA menggantung tempoh keperluan latihan dan kursus, usaha memenuhi keperluan latihan tujuh hari masih boleh dilakukan.

07/04/2016

New Straits Times (Prime news: m/s 2) – Pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN) di Bangunan Parlimen mengenai Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang merupakan inisiatif terbaharu kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan sederhana (M40) membiayai kos deposit rumah. Skim tersebut yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2016 melibatkan pemberian sumbangan sebanyak 10 peratus daripada harga jualan atau maksimum RM30,000, yang mana lebih rendah, kepada pembeli rumah pertama untuk membantu mereka membeli rumah yang berharga kurang RM500,000. Permohonan boleh dibuat menerusi laman web Jabatan Perumahan Negara mulai hari ini. Perdana Menteri turut menyaksikan perjanjian usaha sama antara Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi membangunkan dua blok kediaman membabitkan 786 unit apartmen di Kajang, Selangor, selain mengumumkan pelaksanaan Karnival Rumah Mampu Milik secara bersepadu bagi Zon Tengah di Pameran Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) pada Julai dengan penawaran lebih 50,000 unit rumah untuk dijual.

06/04/2016

Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 3) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan Kompleks Kolej Permata Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai berkata Program Permata Insan mampu melahirkan generasi dan pemimpin yang cemerlang serta seimbang untuk mendepani cabaran pada masa akan datang. Menurutnya kewujudan program itu tepat pada masanya dan selaras dengan agenda pembangunan insan yang menjadi kunci kepada aspirasi negara, dan melalui program ini kerajaan berupaya melahirkan golongan yang memiliki kesungguhan tinggi untuk berjaya di dunia dan akhirat serta bukan hanya cemerlang dalam peperiksaan. Hadir sama ialah Penaung Program Permata, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Perdana Menteri juga mahu generasi hari ini dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan agar mereka tidak mudah terpedaya dengan unsur-unsur negatif selain dapat membezakan antara perkara yang hak dan batil. Menurutnya dalam dunia yang menghadapi masalah media sosial, mat rempit, dadah dan ideologi militant negara Islam (IS), jika tanpa pengetahuan, kita akan menjadi mangsa kepada pengaruh tersebut.

02/04/2016

Berita Harian (Nasdional: m/s 2) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak ketika melancarkan Festival Keusahawanan – Gabungan Rakan Entrepreneur Aspirasi Terhebat (GREAT 2016) berkata lebih banyak inisiatif akan dilaksanakan kearah memperkasakan bidang keusahawanan yang mampu menyumbang kepada usaha pengukuhan ekonomi negara, termasuk penubuhan Bandar Keusahawanan Lautan Biru dengan projek printisnya di Bintawa sebelum diperluaskan ke seluruh negara. Sarawak bakal muncul sebagai negeri pertama memiliki bandar usahawan yang dikenali sebagai Borneo774 yang merupakan hab kreativiti yang bakal menempatkan peserta industri berkaitan di bawah satu bumbung.

Pages