Keratan Akhbar

18/03/2016

Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 3) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menerusi blognya NajibRazak.com berkata, kerajaan akan terus berusaha untuk memartabatkan golongan wanita dalam semua bidang bagi memastikan setiap pihak mempunyai ruang serta peluang sama rata tanpa mengira jantina, bangsa mahupun agama.  Beliau berkata demikian ketika menjawap pertanyaan penganalisis jenayah, Kamal Affendi Abdul Hashim yang merupakan antara mereka yang hadir di pertemuan makan malam dengan Perdana Menteri di Restoran Modern Asian Diner, Kuala Lumpur.  Perkara lain yang turut disentuh dalam pertemuan Perdana Menteri dengan rakan-rakan dalam talian beliau ialah peranan wanita dalam agenda pembangunan negara, pembabitan dalam tenaga kerja samada sektor swasta, mahupun awam, pendidikan, serta keseimbangan pekerjaan dan keluarga.

17/03/2016

New Straits Times (Prime News: m/s 6) –  Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak ketika melancarkan Projek Warisan Merdeka di Kuala Lumpur berkata kemuncak kejayaan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam bidang hartanah ialah pembinaan mercu tanda ikonik Menara PNB118.  Menurutnya, portfolio hartanah PNB kini terus berkembang maju dengan lebih 56 pelaburan hartanah dalam dan luar negara.  PNB118 yang bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di Asia selepas Menara Shanghai dan kelima tertinggi di dunia dijangka siap pada tahun 2020.

16/03/2016

Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 4) – Imam 1 Masjid al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sneinah menafikan dakwaan kedatangan ramai umat Islam ke Palestin telah membantu meningkatkan ekonomi orang Yahudi, tetapi sebaliknya telah banyak membantu ekonomi orang Islam di sana.  Sehubungan itu, beliau menggesa umat Islam agar tidak perlu mendengar pandangan segelintir pihak yang mengeluarkan fatwa untuk melarang lawatan ke Masjid al-Aqsa, tetapi sebaliknya memahami kepentingan melawat Masjid al-Aqsa yang bukan milik orang Palestin atau Arab sahaja, malah milik semua umat Islam seluruh dunia. Syeikh Yusuf Abu Sneinah turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

15/03/2016

Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 3) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak ketika berucap di majlis pelancaran ‘8Kia Peng@KLCC’ berkata, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai langkah untuk memperkukuhkan daya tahan ekonomi,selain meletakkan negara secara inklusif dan berada di laluan mampan. Menurutnya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)negara tumbuh sebanyak 47.7 peratus di antara tahun 2009 hingga 2014, manakala 1.8 juta peluang pekerjaan diwujudkan sejak 2010 dan pelaburan swasta pula berkembang tiga kali ganda.

14/03/2016
New Straits Times (Prime News: m/s 2) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak ketika berucap merasmikan fasa ketiga pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Sarawak berkata, kerja-kerja pembinaan tersebut yang berjalan lancar membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya menepati satu lagi janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu membina 2,300 kilometer lebuh raya bermula dari Sematan di Sarawak hingga ke Serudong, Sabah.Menurut Perdana Menteri, fasa ketiga pembinaan LPB Sarawak yang melibatkan jajaran dari bulatan Serian ke persimpangan Pantu,
Sri Aman sejauh 75 kilometer dengan kos RM1.46 bilion iaitu yang terpanjang berbanding fasa lain, turut melibatkan 75 syarikat perunding tempatan yang majoritinya bumiputera yang dipilih dalam projek pembinaan lebuh raya itu sejak tahun lalu.

11/03/2016
New Straits Times (Prime News: m/s 2) – Malaysia menggariskan tiga pendekatan dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan makanan di rantau ini terus diperkukuhkan sejajar hasrat global ke arah menuju kemiskinan serta kelaparan sifar. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan tersebut adalah mengetengahkan pelaburan sektor swasta dalam industri pertanian, menangani isu perubahan iklim menerusi kemapanan pertanian dan langkah membasmi kemiskinan menerusi kepelbagaian biodiversiti. Ketiga-tiga pendekatan ini adalah seiring dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) yang dibangunkan oleh PBB dalam mencapai hasrat kemiskinan dan kelaparan sifar di seluruh dunia.Timbalan Perdana Menteri, turut melancarkan Kempen MySaveFood bersempena Persidangan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bang­sa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Asia dan Pasifik Kali Ke-33 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Put­rajaya (PICC), semalam. Kempen MySaveFood merupakan satu usaha Malaysia bersama negara lain untuk mencari formula terbaik bagi menangani pembaziran makanan di peringkat global. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, menerusi kempen tersebut, Malaysia bersama-sama negara anggota FAO akan melancarkan pelbagai program bagi memastikan rancangan itu terlaksana.

10/03/2016

Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 6) – Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) berjaya mencipta nilai, peluang perniagaan, pembiayaan serta pembangunan modal insan sebanyak RM62.81 bilion melalui 24 program dan inisiatif untuk usahawan bumiputera setakat 31 Januari tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, program tersebut dijalankan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri, agensi-agensi kerajaan, agensi-agensi wilayah pembangunan koridor, syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) dan pihak swasta untuk menggalakkan penyertaan masyarakat bumiputera dalam ekonomi secara mampan.

09/03/2016

Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 9) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan asas ekonomi negara sebagai semakin baik berikutan harga minyak yang bertambah kukuh sejak akhir-akhir ini. Perdana Menteri berkata, perkembangan mutakhir itu juga membawa kepada pengukuhan nilai ringgit yang kini berada pada paras 1USD bersamaan RM4. Harga minyak hari ini semakin kukuh apabila RM164 setong. Manakala, dalam pengubahsuaian Bajet 2016, diandaikan harga minyak pada RM123 hingga RM143. Oleh itu, sudah tentu perkara ini menyebabkan nilai ringgit juga bertambah kukuh. Ini
menunjukkan asas kita semakin baik, dan mudah-mudahan keadaan persekitaran ini berterusan. Namun, kerajaan akan terus memantau perkembangan secara terperinci, kata Perdana Menteri ketika menjawab soalan tambahan Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad (BN-Kuala Kangsar) mengenai persediaan di luar jangka kerajaan dalam persekitaran ekonomi yang mencabar dalam sidang Dewan Rakyat, semalam.

08/03/2016

New Straits Times (Prime News: m/s 20) – Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan YTL Corporation Berhad menyampaikan sumbangan RM70,000 kepada 14 buah pusat kebajikan sekitar Lembah Klang, sempena sambutan Tahun Baharu Cina. Sumbangan disampaikan oleh isteri Perdana Menteri merangkap Yang Dipertua BAKTI, Datin Seri Rosmah Mansor pada Majlis Minum Petang Yee Sang, semalam.

07/03/2016

Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 3) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, empat projek mega Johor termasuk projek pembangunan bandar pintar, Forest City dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) akan menjadi pemangkin pertumbuhan negeri tersebut. Manakala, dua projek mega lain yang menjadi penyumbang itu ialah projek landasan Berkembar Gemas-Johor dan projek pembangunan hab minyak dan gas negara di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC). Tambah beliau, masa depan negeri Johor amat cerah apabila projek mega tersebut dipadankan pula dengan Pelan Pembangunan Strategik Johor (PPSJ) dan Rancangan Pembangunan Komprehensif II Iskandar Malaysia (CDPii) yang dilancarkan, semalam.

Pages