Keratan Akhbar

04/03/2016

New Straits Times (Prime News: m/s 4) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dalam sidang media selepas mengakhiri lawatan kerja tiga hari ke Arab Saudi memaklumkan mengenai kenyataan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud yang meletakkan hubungan negara itu dengan Malaysia di peringkat tertinggi, sekaligus membuktikan hubungan akrab antara kedua-dua negara yang sedia terjalin sejak sekian lama.

22/02/2016
Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 3) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak ketika berucap di majlis perasmian Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom oleh Tengku Mahkota Pahang berkata inisiatif Kumpulan DRB-Hicom menyediakan dana berjumlah RM500 juta bagi mewujudkan sebuah universiti di Pekan, Pahang dilihat sebagai pelengkap kepada bidang pendidikan dan memenuhi keperluan industri automotif di dalam serta luar negara.Menurutnya, inisiatif syarikat berkenaan wajar dipuji dan dibanggakan, kerana kebiasaannya syarikat swasta akan menyerahkan tanggungjawab itu kepada kerajaan. Penubuhan universiti itu juga dianggap tepat pada masanya dan membanggakan penduduk di negeri Pahang dan Pekan khasnya yang kini mempunyai dua buah universiti selain Universiti Malaysia Pahang (UMP). Selain itu, Perdana Menteri juga meminta supaya pihak pengurusan universiti sentiasa menjamin kualiti samada pelajarnya, kandungan silibus, pengajaran dan pembelajaran, kurikulum dan R & D.

06/01/2016

Berita Harian (Nasional: m/s 5) - Sistem pengurusan banjir di Sarawak disifatkan paling cekap dan terbaik di negara ini dan akan dilaksanakan di Semenanjung, terutamanya di Pantai Timur bagi menangani bencana banjir. Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata , inisiatif kerajaan negeri membina Sistem Pengawalan Sungai Sarawak (Baraj Sungai Sarawak) di Bintawa, Kuching juga disifatkan sebagai inovasi untuk penyelesaian masalah banjir dalam tempoh jangka panjang. Keupayaan sistem mengawal kadar limpahan air sungai ketika musim tengkujuh, dan mengimbangi paras air apabila musim air pasang berjaya mengurangkan risiko banjir di Bandaraya Kuching dan sekitarnya. Kecanggihan sistem ini amat dikagumi Kerajaan Persekutuan,dan sedang diteliti cadangan memperluaskan perlaksanaannya di Semenanjung, terutama di Pahang,Terengganu dan Kelantan yang sering dilanda banjir.

Pages