Skip to Content
Normal Warna Merah Warna Biru Warna Hijau Firefox Adobe Reader W3C
  • Increase
  • Decrease
  • Normal
English Log Masuk

Bahagian Khidmat Pengurusan


  • Mengawal dan mengurus perbelanjaan tahunan Bahagian Khidmat Pengurusan berdasarkan peruntukan tahunan yang ditetapkan.
  • Mengawal semua perolehan bekalan dan perkhidmatan Bahagian Khidmat Pengurusan supaya mematuhi tatacara dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
  • Mengurus penyelenggaraan peralatan pejabat, perabot dan kenderaan Bahagian Khidmat Pengurusan supaya sentiasa berada dalam keadaan sedia untuk digunakan pada setiap masa.
  • Memproses permohonan untuk keluar negara (atas urusan persendirian) dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Memproses permohonan pengecualian daripada menggunakan penerbangan MAS bagi perjalanan domestik dan antarabangsa dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Mengurus pendaftaran dan penyimpanan fail mengikut tatacara pengurusan fail/dokumen rasmi kerajaan yang berkuatkuasa.
  • Memproses pembayaran bil-bil telefon bimbit kerajaan melebihi had ditetapkan (RM200) dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan yang lengkap diterima.
  • Mengurus penyediaan prasarana ICT kepada semua warga Pentadbiran Am JPM yang layak dibekalkan peralatan ICT dalam tempoh 7 hari selepas mengisi jawatan.
  • Menyediakan program pembangunan latihan dan pembudayaan aplikasi sistem ICT kepada semua warga Pentadbiran Am JPM bagi mencapai 100% mahir ICT.
  • Membangunkan sistem sebanyak 13 aplikasi on-line dalam tempoh 2 tahun.
  • Menyelenggara dan mengemaskini Laman Web Jabatan Perdana Menteri setiap hari.
  • Memberikan khidmat sokongan teknikal ICT yang cekap supaya setiap aduan diselesaikan dalam tempoh 3 jam atau tempoh 7 hari jika perlu merujuk kepada pembekal.