| Latar Belakang JPM |
| Latar Belakang JPM Jabatan Perdana Menteri, yang sebelum ini dikenali sebagai Pentadbiran Am, JPM telah disusun semula menjadi sembilan (9) bahagian iaitu Bahagian Inovasi & Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM), Bahagian Kewangan (B.Kew), Bahagian Pembangunan (B.Pemb), Bahagian Akaun (BA), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Bahagian Audit Dalam, Unit Komunikasi Korporat (UKK), Bahagian Pengurusan Acara & Pejabat Penasihat Undang-Undang. Kesemua sembilan (9) bahagian tersebut berada di bawah tanggungjawab Timbalan Ketua Setiausaha Kanan dan dibantu oleh dua (2) Timbalan Ketua Setiausaha iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan TKSU (P) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan TKSU (K&P).
Visi Menjadi penanda aras sistem penyampaian perkhidmatan sokongan dan tadbir urus terbaik sektor awam.
Misi Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, berkesan dan berkualiti.
Misi Perkhidmatan Memberi perkhidmatan pengurusan pelanggan yang cekap, cepat, mesra dan responsif terhadap kehendak pelanggan.
Objektif Menentukan pengurusan sumber manusia, kewangan, pembangunan, perakaunan dan khidmat pengurusan dilaksanakan mengikut dasar, perundangan/ peraturan dan garis panduan semasa.
Dasar Kualiti Jabatan Perdana Menteri adalah komited untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggannya berteraskan nilai-nilai integriti, akauntabiliti dan profesionalisme.
|
Dikemaskini pada :04 Mar 2013






























Hari ini : 102
Semalam : 5497
Seminggu : 52494
Sebulan : 299769
Jumlah Keseluruhan : 10846415 
















