close
Bagi Warga JPM, kini aplikasi INTRANET menggunakan Single Sign-On (SSO)
Sila klik di sini.

___________________
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian Mobile

QR code
klik untuk bantuan QR-JPM
Piagam Pelanggan
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan berikut dengan berkualiti, cekap dan tepat dalam tempoh waktu yang berpatutan:
 
1. Memastikan urusan perkhidmatan diselesaikan dalam tempoh 5 hingga 21 hari bekerja mengikut jenis urusan seperti berikut:
 
    (a) urusan penempatan;
 
    (b) urusan cuti, elaun dan kemudahan;
 
    (c) keputusan perakuan Panel Pengurusan Program Transformasi Minda (PTM);
 
    (d) pengeluaran Surat Keputusan/Penyiaran (kenaikan pangkat/pemangkuan) Kumpulan Sokongan 1 Perkhidmatan Bukan Gunasama JPM; dan
 
    (e) penyediaan laporan kaunseling.
 
2. Memproses bayaran sehingga pengeluaran Cek/EFT dalam tempoh empat (4) hari bagi dokumen kewangan yang lengkap dan sempurna;
 
3. Mengeluarkan Waran Peruntukan Kecil Belanja Mengurus dalam tempoh dua (2) hari bekerja setelah diterima:
 
   (a) Waran Am daripada Kementerian Kewangan Malaysia; dan
 
   (b) Kelulusan agihan/pindah peruntukan.
 
4. Memastikan permohonan perubahan siling dan skop projek yang lengkap melalui Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) dikemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja;
 
5. Mengeluarkan maklum balas kepada pemaju projek perumahan PPA1M dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh penerimaan kertas cadangan dan mengeluarkan surat niat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh keputusan Jawatankuasa Khas PPA1M;
 
6. Mengemukakan pemerhatian Audit Pengurusan Kewangan dalam tempoh 23 hari bekerja selepas pengauditan selesai dijalankan;
 
7. Memberi maklum balas awal terhadap aduan JPM yang telah diterima dalam tempoh lima (5) hari bekerja dan penyelesaian aduan JPM dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh aduan diterima;
 
8. Memastikan prosiding tatatertib disempurnakan dalam tempoh enam (6) minggu dari tarikh penentuan kes Prima Facie;
 
9. Memberi perkhidmatan nasihat undang-undang yang berkualiti, profesional dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Malaysia dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja bergantung pada kerumitan isu;
 
10. Menyelesaikan urusan hal ehwal pentadbiran bagi urusan berikut:
 
   (a) mengurus perolehan harta modal dan perkhidmatan yang diperlukan oleh JPM dalam tempoh tujuh (7) hari bagi pembelian terus, 60 hari bagi sebut harga dan tiga (3) hingga lima (5) bulan perolehan melalui tender;
 
   (b) menyelesaikan aduan kerosakan ICT secara dalaman dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sekiranya ia tidak melibatkan pembekal;
 
   (c) mengeluarkan Pas Keselamatan Tetap dalam tempoh satu (1) hari dan Pas Keselamatan Sementara dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh permohonan lengkap diterima; dan
 
   (d) mengeluarkan surat peringatan pemulangan bahan bacaan seperti berikut:
 
        (i) Pertama: 1 hari bekerja selepas tamat tempoh pinjaman;
 
        (ii) Kedua: 7 hari selepas surat peringatan pertama; dan
 
        (iii) Ketiga: 14 hari selepas surat peringatan kedua.
 
 
 
 

Dikemaskini pada :12 Aug 2015
Dikemaskini : 28-08-2015


close
bantuan
capaian
statistik pengunjung

today  Hari ini :
yesterday  Semalam :
week  Seminggu :
month  Sebulan :
all  Jumlah Keseluruhan :
facebook
twitter
rss
tagcloud
polls
Adakah pemaparan Piagam Pelanggan dan Pencapaian Piagam Pelanggan dapat membantu meningkat ketelusan imej kerajaan?
 Ya
 Tidak
  Lihat keputusan
calendar
ke kiri August 2015 ke kanan
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031
komen
gallery
inisiatif
anugerah
iso
gallery