|
Malaysia mengumumkan 6 inisiatif pembaharuan strategik bagi meningkatkan daya saing
Bahagian kesimpulan Model Ekonomi Baru (New Economic Model, atau NEM) telah menengahkan sejumlah 51 dasar polisi untuk membolehkan Malausia untuk kekal berdaya saing dalam pasaran global. Pada tahun 2011, PEMANDU telah ditugaskan untuk membina program yang terperinci bagi melaksanakan langkah-langkah tersebut, yang dikelompokkan kepada enam inisiatif Pembaharuan Strategik (Strategic Reform Initiatives, atau SRI).
Keenam-enam SRI telah dikelompokkan berdasarkan 37 dasar polisi dan sekarang merupakan komponen kedua yang kritikal bagi Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme, atau ETP). Ini melengkapkan fokus yang telah diberikan oleh 12 lagi Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas, atau NKEA) yang dijangka akan dapat meningkatkan daya saing Negara dan membolehkan pertumbuhan yang berkekalan. Ianya adalah:
• Kewangan Awam
• Peranan Kerajaan dalam Perniagaan
• Pembangunan Modal Insan
• Penyampaian Perkhidmatan Awam
• Standard Antarabangsa dan Liberalisasi
• Merapatkan Jurang Ketaksamaan/Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera
Baki 14 lagi langkah ini telahpun diserapkan ke dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
|