| |
- 19 Jun 2013 | Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri rasmi kampus baharu
Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 9) – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah telah berkenan merasmikan kampus baharu Management Science & University (MSU), di Seksyen 13 semalam.
......................................................................................................................................................
|
|
| |
- 19 Jun 2013 | Sasar kurang defisit fiskal
Berita Harian (Nasional: m/s 2) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2014 yang akan dibentangkannya pada 25 Oktober ini menyasarkan mengurangkan defisit fiskal negara kepada tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2015.
......................................................................................................................................................
|
|
| |
- 19 Jun 2013 | Kaedah Malaysia jadi rujukan
Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 23) – Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, kejayaan Malaysia mengurus dan mengawal selia hal ehwal berkaitan zakat dan harta umat Islam menerusi penubuhan baitumal telah menarik minat negara minoriti Islam untuk mewujudkan institusi yang sama.
......................................................................................................................................................
|
|
| |
- 18 Jun 2013 | Najib terima kunjungan Ketua Menteri Victoria
Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 3) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Ketua Menteri Victoria, Australia, Dr. Denis Napthine di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
......................................................................................................................................................
|
|
| |
- 18 Jun 2013 | Kempen bayar zakat dalam talian
Harian Metro (Setempat: m/s 22) – Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mengadakan kempen pembayaran zakat melalui potongan gaji secara dalam talian selama sebulan bermula semalam.
......................................................................................................................................................
|
|
| |
- 18 Jun 2013 | LWK, Westports, TTSB sepakat hasilkan gear mesra alam
Berita Harian (Bisnes: m/s B5) – LWK Automotive Green Technologies Sdn Bhd (LWK), Terberg Tractors Sdn Bhd (TTBS) dan Westports Malaysia Sdn Bhd (Westports), memeterai kerjasama untuk membangunkan sistem gear mesra alam dan menjimatkan kos menerusi pakatan strategik yang disokongan oleh Agensi Inovasi Malaysia (AIM).
......................................................................................................................................................
|
|
| |
- 17 Jun 2013 | Najib nasihat pelajar kita usah terpedaya
Berita Harian (Nasional: m/s 2) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengingatkan pelajar Malaysia di luar negara supaya tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menyebabkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan.
......................................................................................................................................................
|
|
| |
- 17 Jun 2013 | Najib ucap selamat Hari Bapa
Utusan Malaysia (Dalam Negeri: m/s 3) – Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat Hari Bapa kepada semua bapa di Malaysia yang telah bekerja keras dan menyatakan kesyukurannya atas segala pengorbanan mereka.
......................................................................................................................................................
|
|
| |
- 17 Jun 2013 | Semua urusan di satu lokasi
Harian Metro (Setempat: m/s 14) – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa menceritakan pengalaman beliau dalam pembukaan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Perak yang telah memudahkan rakyat untuk berurusan dengan agensi kerajaan dan swasta di bawah satu bumbung.
......................................................................................................................................................
|
|
| |
- 17 Jun 2013 | Rai 50 tahun kejayaan Tabung Haji
Harian Metro (Setempat: m/s 13) – Lembaga Tabung Haji (TH) telah mengadakan Malam Jalinan Emas sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun bagi meraikan pencapaian lima dekad dalam memacu kecemerlangan ekonomi ummah.
......................................................................................................................................................
|
|