|
| Inisiatif Pembaharuan Strategik Bagi Menigkatkan Daya Saing |
|
|
Meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos (Kewangan Awam)
Bagi mencipta ruang kewangan sebanyak RM13 bilion bagi negara, 20 daya usaha serta-merta dan serta jangka panjang telah dicadangkan oleh Makmal Kewangan Awam bagi meningkatkan pendapatan, mengurangkan kos dan memperkasakan ekonomi negara. Ini akan membolehkan Kerajaan menangani sebarang kekurangan, melangsaikan hutangnya dan melabur bagi masa hadapan.
|
|
Cadangan-cadangan ini dikelompokkan ke dalam enam bidang utama, iaitu pelaksanaan cukai, memperhalusi galakan percukaian syarikat, pemerolehan yang telus, pengawalan perbelanjaan serta perakaunan berganda, termasuklah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (Goods and Services tax, atau GST).
“Sejumlah enam daya usaha akan dilaksanakan bagi meninkatkan pungutan cukai. Ini termasuklah meluaskan bidang penyiasatan serta audit, meluaskan asas pencukaian dan meningkatkan keupayaan audit dan penguatkuasaan Jabatan Kastam. Bagi meluaskan lagi asas percukaian, GST akan diperkenalkan bagi menggantikan cukai jalan dan perkhidmatan yang sedia ada,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Eksekutif PEMANDU, Senator Dato’ Sri Idris Jala.
Tindakan juga akan diambil bagi mengawal perbelanjaan kerajaan di dalam empat bidang, yakni perserasian subsidi, perolehan, perbelanjaan perjalanan dan bayaran kepada badan-badan berkanun.
|
|
|
Dikemaskini pada :17 Apr 2013