close
Bagi Warga JPM, kini aplikasi INTRANET menggunakan Single Sign-On (SSO)
Sila klik di sini.

___________________
Imbas Kod QR ini dengan telefon bimbit anda untuk capaian Mobile

QR code
klik untuk bantuan QR-JPM

______________________
“Perkhidmatan Sistem e-Latihan”. Klik di sini.
Inisiatif Pembaharuan Strategik Bagi Menigkatkan Daya Saing
Membangunkan Modal Insan Bagi Ekonomi Berpendapatan Tinggi (Pembangunan Modal Insan)
 
Malaysia juga nekad untuk membangunkan modal insan, bermula dengan usaha mengemaskinikan undang-undang buruhnya. Sejumlah empat Akta akan dikaji dan dipinda secara meluas bagi diserasikan dengan keperluan semasa pelbagai pihak yang terlibat.
 
Memandangkan Malaysia juga sedang bergerak menuju sistem penggajian yang beteraskan produktiviti, di mana pekerja dibayar pampasan mengikut jumlah kerja yang dilakukan, maka Kementerian Sumber Manusia juga akan mengumumkan gaji minima menjelang akhir tahun ini.
 
“Dengan terlulusnya Rang Undang-Undang Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, maka Majlis ini akan diamanahkan untuk meneliti dan memberikan cadangan kepada Kerajaan mengenai setiap hal yang berkaitan dengan penggajian minima mengikut sektor, kawasan dan hal-hal lain yang berkaitan,” kata Jala.
 
Peningkatan kemahiran tenaga pekerja adalah penting bagi membangunkan modal insan bagi ekonomi berpendapatan tinggi. Sehubungan ini, Talent Corporation akan membantu membangunkan program yang terperinci bagi bidang-bidang yang khusus sejajar dengan NKEA dan Makmal Bandar dan Koridor yang akan datang.
Ini termasuklah beberapa langkah bagi menjamin keselamatan tenaga pekerja untuk menggalakkan mereka lebih banyak bergerak dan berkecimpung dalam hal-hal perniagaan, seperti insuran pengangguran, dibantu oleh program latihan dan peningkatan kemahiran bagi pekerja dan perkhidmatan pengambilan pekerja yang ditingkatkan.
 
Institut Maklumat dan Analisa Pasaran Buruh (Institute of Labour Market Information and Analysis, atau ILMIA) akan ditubuhkan untuk membekalkan analisa yang mendalam mengenai pasaran buruh bagi membantu sektor awam meneraskan dasar serta segala keputusan yang perlu.
 
Ia juga akan dapat membantu sektor awam dengan membekalkan jangkaan dan analisa terperinici mengenai permintaan dan pembekalan buruh oleh industri dan sektor kecil.
Jala juga menambah bahawa Kerajaan akan mula mengamalkan dasar yang direka khas untuk menggunakan bakat kaum wanita dengan sepenuhnya bagi meningkatkan produktiviti tenaga pekerja dengan sebaik mungkin, selain daya usaha bagi meningkatkan penglibatan kaum hawa di dalam tenaga buruh Malaysia.
 
Bagi membantu PKS pula, serangkaian program akan dibangunkan bagi merubah Dana Pembangunan Sumber Manusia (Human Resources Development Fund, atau HRDF). Ia seterusnya akan membolehkan PKS tempatan mempelajari seterusnya mengamalkan amalan-amalan perniagaan yang terkini dalam pengurusan sumber manusia, sekaligus meningkatkan keupayaan mereka membina tenaga pekerja yang mahir dan tinggi produktivitinya.
 

Dikemaskini pada :17 Apr 2013

Muka Surat 1234567
Dikemaskini : 24-10-2014


close
bantuan
capaian
statistik pengunjung

visitnumvisitnumvisitnumvisitnumvisitnumvisitnumvisitnumvisitnum
today  Hari ini : 9194
yesterday  Semalam : 10946
week  Seminggu : 109748
month  Sebulan : 340035
all  Jumlah Keseluruhan : 15995065
facebook
twitter
rss
tagcloud
polls
Adakah pemaparan Piagam Pelanggan dan Pencapaian Piagam Pelanggan dapat membantu meningkat ketelusan imej kerajaan?
 Ya
 Tidak
  Lihat keputusan
calendar
ke kiri October 2014 ke kanan
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031
komen
gallery
inisiatif
anugerah
iso
gallery