|
Merangsangkan keupayaan membina (Merapatkan Jurang Ketaksamaan/Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Bumiputera)
Melalui SRI ini, daya usaha untuk membangunkan PKS Bumiputera akan dimajukan, sekali gus meningkatkan tahap pendapatan dan merangsang isi rumah Malaysia yang berpendapatan rendah bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi.
Jala juga berkata telah ada rancangan di bawah NKRA bagi Isi-rumah Berpendapatan Rendah, Pendidikan dan Infrastruktur Asas Luar Bandar, bagi meningkatkan isi-rumah berpendapatan rendah.
Teraju telah dicipta bagi meneraju, menyelaras serta memacu penglibatan ekonomi Bumiputera dan menguatkan agenda pembangunannya. Unit ini bertujuan membolehkan kaum Bumiputera mengambil peluang serta kesempatan meraih keuntungan dari pembangunan ekonomi ini.
Program PKS Berprestasi Tinggi (high performing Bumiputera SME, atau HPBS) bagi memupuk generasi baru pengusaha Bumiputera bertaraf dunia di sepanjang 12 NKEA, akan dilancarkan oleh TERAJU tidak lama lagi.
PKS-PKS ini perlulah membesar, meningkatkan tahap pembangunan mereka serta bersaing dipasaran terbuka tanpa mengharapkan belas ehsan Kerajaan yang keterlaluan. Program ini akan mempunyai skim ‘timbul atau tenggelam’ yang lebih tegas bagi memacu prestasi dan sifat berdikari.
|