Frequently Asked Questions - Complaint

 
   
    
1. Apakah perkara yang boleh diadukan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM)?
 
Jawapan :
 
JPM boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan kelewatan/ tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/ penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan dan lain-lain yang melibatkan 12 bahagian/ unit di JPM dan agensi-agensi di bawahnya.
 
 

2. Adakah sebarang bayaran dikenakan?

 
Jawapan :
 
Tiada bayaran dikenakan.
 
 
3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
 
Jawapan :
 
Boleh, dengan kebenaran daripada pengadu dan menyertakan semua maklumat yang berkaitan.
 
 
4. Bagaimanakan cara menyalurkan aduan kepada JPM?
 
Jawapan :
 
Semua aduan disarankan dihantar secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di portal JPM (Komen dan Maklum Balas) atau https://pajpm.spab.gov.my.
 
 

5. Adakah JPM akan menyiasat semua aduan yang diterima?

Jawapan :

Ya - Sekiranya aduan adalah berkaitan, jelas dan berasas.
Tidak - Sekiranya aduan yang diterima adalah di luar bidang kuasa JPM, menyentuh dasar-dasar kerajaan atau perkara-perkara di bawah bidang kuasa:
- Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan
- Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC)
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
- Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP)
- Jabatan Bantuan Guaman
- Mahkamah
*JPM akan memanjangkan aduan yang berada di luar bidang kuasa JPM ke Biro Pengaduan Awam (BPA) untuk tindakan dan perhatian lanjut.

 
6. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada JPM?
 
Jawapan :
 
Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi termasuk dokumen-dokumen sokongan (sekiranya ada) untuk membolehkan JPM menilai kedudukan dan cara terbaik untuk membantu menyelesaikannya. Kami akan merahsiakan maklumat peribadi anda sekiranya diminta berbuat demikian.
 
 
7. Apa akan berlaku kepada aduan saya?
 
Jawapan :
 
JPM akan menghantar surat akuan terima dalam tempoh tiga hari bekerja sebagaimana yang dinyatakan dalam piagam pelanggan. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda dengan menggunakan Standard Operating Procedures (SOP) Pengurusan Aduan Awam JPM. Setiap aduan yang dikemukakan akan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja kecuali bagi kes-kes rumit yang memerlukan siasatan yang lebih terperinci.
 
 
8. Berapa lama Jabatan Perdana Menteri membuat siasatan?
   
Jawapan :   
 
Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh dalam tempoh penyelesaian 15 hari bekerja. Bagi kes-kes yang rumit, ia mungkin mengambil masa tertakluk kepada proses siasatan. Piagam Pelanggan kami menetapkan piawaian perkhidmatan dengan lebih terperinci. 
 
 

PERINGATAN  

JPM boleh untuk tidak melayan sebarang aduan yang menggunakan bahasa yang kesat, lucah, konfrontasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas. JPM juga tidak akan mencampuri kes-kes yang melibatkan keputusan mana-mana mahkamah atau yang seumpamanya serta mana-mana pertikaian yang melibatkan masalah peribadi antara individu/ syarikat yang tiada kaitan dengan fungsi/ peranan JPM.

 

Disediakan oleh :

Seksyen Pengurusan Pelanggan dan Aduan

Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri   03-88723435

  • Stats on: 2023-12-01
  • Total visited pages: 108
  • Total visitors: 69
  • Average time: 00:07:14
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    962.048
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:

Contact Us

PRIME MINISTER'S DEPARTMENT
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
Web Mobile

Cloud Tag

Last Updated :
Total Visitors :
Best viewed on screen resolution of 1366 x 768 using Mozilla Firefox or Google Chrome browser
Copyright © 2021, Prime Minister's Department

Dasar Privasi

splwpk-privacy-policy dan splwpk-pdpa perlu diletak dalam footer pada halaman utama.

106584