Frequently Asked Questions - Human Resource Management
CUTI HAJI Adakah pegawai lantikan kontrak layak mendapat kemudahan Cuti Haji? Jawapan : Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008 yang berkuatkuasa pada 1 April 2008, Cuti Haji bergaji penuh boleh diluluskan sekali sahaja kepada pegawai warganegara yang beragama Islam yang belum pernah menunaikan fardhu haji sepanjang tempoh perkhidmatan dengan Kerajaan dengan syarat mereka telah berkhidmat secara kontrak tidak kurang lima(5) tahun. Tempoh cuti yang boleh diluluskan tidak lebih 40 hari. Bagi pesara, syarat tempoh perkhidmatan lima (5) tahun ini tidak terpakai sekiranya mereka belum pernah menggunakan kemudahan ini sebelum bersara. |
LAPORAN NILAIAN PRESTASI Bagi seseorang pegawai yang baru dilantik dan melaporkan diri pada 18 Disember 2011, adakah beliau perlu mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan pada tahun tersebut? Jawapan : Pegawai masih perlu mengisi borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi Tahun 2011 selepas enam (6) bulan berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam. Prestasi kerja pegawai hanya akan dinilai selepas tempoh enam (6) bulan tersebut untuk pergerakan gaji Tahun 2012. |
PENGESAHAN LANTIKAN Apakah dokumen yang perlu dikemukakan oleh pegawai untuk tujuan pengesahan tarikh lantikan? Jawapan : Selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012, dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut :-
a) Surat Setuju Terima Lantikan.
b) Perakuan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar.
c) Surat Akuan Berkanun (Akuan Sumpah).
d) Surat Aku Janji.
|
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI : PUAN NORHADZIRAH BINTI MOHD NOR Telefon : 03-8872 3407 Emel : norhadzirah@jpm.gov.my
|