Soalan Lazim - Aduan
|
1. Apakah perkara yang boleh diadukan kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM)?
Jawapan :
JPM boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan kelewatan/ tiada tindakan, tindakan tidak adil, kekurangan kemudahan awam, kepincangan dasar dan kelemahan undang-undang, salah guna kuasa/ penyelewengan, salah laku anggota awam, kegagalan mengikut prosedur, kegagalan penguatkuasaan dan kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan dan lain-lain yang melibatkan 12 bahagian/ unit di JPM.
|
2. Adakah sebarang bayaran dikenakan? Jawapan :
Tiada bayaran dikenakan.
|
|
3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?
Jawapan :
Boleh, dengan kebenaran daripada pengadu dan menyertakan semua maklumat yang berkaitan.
|
|
4. Bagaimanakan cara menyalurkan aduan kepada JPM?
Jawapan :
Semua aduan disarankan dihantar secara atas talian melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) di portal JPM (Komen dan Maklum Balas) atau https://pajpm.spab.gov.my.
|
|
5. Adakah JPM akan menyiasat semua aduan yang diterima? Jawapan : Ya - Sekiranya aduan adalah berkaitan, jelas dan berasas. |
|
6. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada JPM?
Jawapan :
Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi termasuk dokumen-dokumen sokongan (sekiranya ada) untuk membolehkan JPM menilai kedudukan dan cara terbaik untuk membantu menyelesaikannya. Kami akan merahsiakan maklumat peribadi anda sekiranya diminta berbuat demikian.
|
|
7. Apa akan berlaku kepada aduan saya?
Jawapan :
JPM akan menghantar surat akuan terima dalam tempoh tiga hari bekerja sebagaimana yang dinyatakan dalam piagam pelanggan. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda dengan menggunakan Standard Operating Procedures (SOP) Pengurusan Aduan Awam JPM. Setiap aduan yang dikemukakan akan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja kecuali bagi kes-kes rumit yang memerlukan siasatan yang lebih terperinci.
|
|
8. Berapa lama Jabatan Perdana Menteri membuat siasatan?
Jawapan :
Kami akan menyelesaikan aduan-aduan anda seberapa segera yang boleh dalam tempoh penyelesaian 15 hari bekerja. Bagi kes-kes yang rumit, ia mungkin mengambil masa tertakluk kepada proses siasatan. Piagam Pelanggan kami menetapkan piawaian perkhidmatan dengan lebih terperinci.
|
|
PERINGATAN JPM boleh untuk tidak melayan sebarang aduan yang menggunakan bahasa yang kesat, lucah, konfrontasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas. JPM juga tidak akan mencampuri kes-kes yang melibatkan keputusan mana-mana mahkamah atau yang seumpamanya serta mana-mana pertikaian yang melibatkan masalah peribadi antara individu/ syarikat yang tiada kaitan dengan fungsi/ peranan JPM. |
|
Disediakan oleh : Unit Aduan & Khidmat Pelanggan Seksyen Perhubungan Awam, Media & Khidmat Pelanggan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri |