logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Soalan Lazim - Pengurusan Aset & Stor

 
PENGURUSAN ASET ALIH
 
PERATURAN

Apakah peraturan yang perlu dirujuk dalam menguruskan aset alih Kerajaan?

Jawapan :

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan (PP Bil. 5/2007). Walau bagaimanapun, Penentuan kadar nilai di bawah ‘Kuasa Melulus’ telah dipinda dan perlu merujuk kepada Akta Perwakilan Kuasa 1956, P.U. (B) 285 bertarikh 6 Ogos 2009.

 

PENDAFTARAN

Adakah perolehan buku-buku perpustakaan perlu didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Aset?

Jawapan :

Buku-buku perpustakaan tidak perlu diuruskan mengikut PP Bil. 5 Tahun 2007 - Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Pendaftaran buku tersebut hendaklah mengikut rekod yang telah diwujudkan sendiri oleh Perpustakaan.
 
 
PELUPUSAN
 
Apakah kaedah termudah untuk melupuskan bahan-bahan buangan terjadual (eletrik/eletronik, minyak terpakai, bateri kenderaan, bahan binaan, bahan kimia dan lain-lain bahan mudah terbakar)?
Jawapan :
 
Dilupuskan kepada premis-premis pemerolehan kembali(e-waste) yang berdaftar dan tersenarai di Jabatan Alam Sekitar (negeri atau ibu pejabat).
 
 
Sekiranya sesebuah kenderaan dilupus tetapi bahagian enjin digunakan semula, adakah kelulusan Perbendaharaan diperlukan?

 

Jawapan :

 

Kelulusan pelupusan diberikan untuk satu buah kenderaan bukannya bagi bahagian/komponen tertentu. Sekiranya bahagian enjin/komponen tertentu hendak digunakan semula, Kementerian/Jabatan semasa permohonan pelupusan hendaklah menyatakan kaedah pelupusan secara tukar ganti (Cannibalize) yang perlu mendapat kelulusan Perbendaharaan tanpa mengira nilai perolehan asal.
 
 
KEHILANGAN

 

Apakah tindakan yang perlu diambil ketika mengetahui ada aset kerajaan yang hilang?
 
Jawapan :

 

 1.  Lapor kepada Ketua Jabatan serta-merta,
 2.  Laporan polis dalam tempoh 24 jam; dan
3.  Laporan Awal (KEW.PA-28, PP Bil. 5/2007) berserta laporan polis dan daftar aset dikemukakan kepada Pegawai Pengawal dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dalam masa dua  hari serta salinan kepada Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Audit Negara dan wakil tempatan Ketua Audit Negara.
 
 
Sekiranya saya dikenakan bayaran balik di atas kecuaian saya dalam penjagaan aset alih kerajaan, adakah ia kesan pada perkhidmatan saya?
 
Jawapan :
 
Bayaran balik tidak akan memberi kesan kepada prestasi, peluang kenaikan pangkat, berkursus dan sebagainya ke atas seseorang pegawai kerana ia bukan merupakan tindakan tatatertib. Tujuan direkodkan adalah bagi memastikan pegawai tidak melakukan kesalahan yang sama berulangkali dan jika berulang kali dilakukan maka tindakan yang lebih tegas boleh dikenakan ke atas pegawai yang terlibat berdasarkan rekod dalam Buku Perkhidmatan.
PENGURUSAN STOR
 
PERATURAN

Apakah peraturan yang perlu dirujuk dalam menguruskan stor?

Jawapan :

Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2009: Tatacara Pengurusan Stor (PP Bil. 5/2009). Penentuan kadar nilai di bawah ‘Kuasa Melulus’ telah dipinda dan perlu merujuk kepada Akta Perwakilan Kuasa 1956, P.U. (B) 285 bertarikh 6 Ogos 2009.

 

 

KATEGORI STOR

Kategori Stor         Kriteria
Pusat
 
 
 
 
Menyedia, mengurus dan membekal barang-barang melalui rangkaian stor peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan unit.

 

 
Contoh: Depot Bekalan Pusat Kementerian Pertahanan.
 
Utama
 
 
 
 
Menyedia, mengurus dan membekal baranag-barang keperluan pelanggan peringkat negeri, daerah, bahagian, cawangan dan unit.

 

 
Contoh: Stor utama di Kementerian dan Jabatan.
 
Unit            
 
 
Menyimpan dan membekal barang-barang untuk keperluan jangka pendek dan guna terus (tidak membuat perolehan bekalan dan bergantung hanya kepad Stor Utama).
 
 
 
PELUPUSAN

 

Bagaimanakah kaedah untuk melupuskan stok dengan nilai agregat melebihi RM10,000?
 
Jawapan :
 
Jabatan boleh menggunakan kaedah-kaedah pelupusan yang digariskan dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang sedang berkuatkuasa. Walau bagaimanapun, bagi pelupusan stor nilai agregat di bawah RM10,000, Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan perlu dipatuhi.
 
  
 
SISTEM PENGURUSAN STOR
 
Bagaimanakah hendak memohon stok di stor utama, Jabatan Perdana Menteri dengan mengunakan Sistem Pengurusan Stor (SPS)?
 
Jawatan:
 
Panduan pemohonan stok di Stor Utama, Jabatan Perdana Menteri dengan menggunakan Sistem Pengurusan Stor (SPS) adalah seperti di lampiran.

 

TIM PAKAR ASET, JABATAN PERDANA MENTERI

Sekiranya masih terdapat persoalan atau pertanyaan mengenai Pengurusan aset dan Stor, di mana atau siapa perlu dicari selain daripada pegawai di Seksyen Pengurusan Aset dan Perbendaharaan.

 

Jawapan :

 

Tujuan Tim Pakar Aset diwujudkan adalah untuk memberikan khidmat nasihat kepada Jabatan/Agensi yang memerlukan selain daripada membantu dalam penambahbaikan pengurusan aset dan stor serta melaksanakan pemantauan bagi Jabatan/Agensi, Jabatan Perdana Menteri.

 

Senarai nama Tim Pakar Aset, Jabatan Perdana Menteri adalah seperti dilampiran.
 
  
PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI
 
NORAZLIFAH BINTI JAAFAR
Tel: 03-88723539
 
 
SITI NURHAFNIE BINTI RASIDOUN
Tel: 03-88721974
  • Stats on: 2023-10-02
  • Total visited pages: 3335
  • Total visitors: 1881
  • Average time: 00:28:38
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    874.370
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100941