Lawatan YBhg. TKSUK, Jabatan Perdana Menteri ke Sekitar Tapak Projek NCIA, Perlis Inland Port (PIP)
- : 1840
Selasa, 9 Februari 2021 - Lawatan YBhg. Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri ke Sekitar Tapak Projek NCIA iaitu Perlis Inland Port (PIP) yang bakal mengantikan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Padang Besar, Perlis yang sudah lama digunakan.
Perlis Inland Port (PIP) ditubuhkan sebagai pemangkin pembangunan hub logistik di Negeri Perlis bagi memudahkan aktiviti perdagangan merentas sempadan antara Malaysia dan Thailand. Projek sebegini akan berfungsi sebagai pintu masuk baru negeri untuk perdagangan, khususnya untuk laluan kontena yang melalui Padang Besar.
Kerajaan sedang membina Perlis Inland Port (PIP) yang akan memberikan impak positif dari aspek ekonomi penduduk setempat.