YBhg. Dato' Jamil bin Rakon TKSUK, JPM telah mengadakan lawatan kerja pemantauan prestasi kemajuan di Pulau Pangkor
- : 1087
YBhg. Dato' Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM), telah mengadakan lawatan kerja pemantauan prestasi
kemajuan bagi tujuh projek pembangunan di bawah seliaan JPM di Pulau Pangkor, Perak semalam (25 September 2021).
Projek-projek tersebut adalah:
1) Projek Pembangunan Semula Perkampungan Nelayan di kawasan Kampung Teluk Gedung (agensi pelaksana : Majlis Perbandaran Manjung);
2) Projek Pembangunan Semula Perkampungan Nelayan di kawasan Teluk Kecil (agensi pelaksana : Jabatan Kerja Raya Perak);
3) Projek Pembangunan Semula Perkampungan Nelayan di kawasan Kampung Sungai Pinang Besar [Fasa 2 & 3] (agensi pelaksana : Pejabat Daerah dan Tanah Manjung);
4) Empower NCER Programme (agensi pelaksana : Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara [NCIA]);
5) Kasih Ibu Darul Ridzuan (agensi pelaksana : NCIA);
6) JomNiaga@NCER (agensi pelaksana : NCIA); dan
7) Lawatan Projek Menaik Taraf dan Pembangunan Semula Kompleks Terminal Jeti Pulau Pangkor (agensi pelaksana : NCIA).
Turut hadir dalam siri lawatan ini ialah oleh YB Dato’ Ahmad Suaidi Bin Abdul Rahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak; YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi Bin Zakaria,
Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) [Kewangan & Pembangunan)], JPM; Puan Halizah Binti Sipun; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (Pembangunan)
merangkap Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak, Encik Muhamad Aziyan Bin Hussim, Ketua Penolong Pengarah (Perikanan & Ternakan),
Bahagian Pertanian, Unit Perancang Ekonomi (EPU); Encik Shamsul Ridzuan Bin Idris, Pegawai Daerah Manjung; Encik Syamsul Hazeman Bin Md Salleh,
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung; dan Encik Hasri Bin A Hasan, Ketua Pegawai Operasi NCIA.