logo
tukarbahasa
faq
hubungi kami
maklumbalas
peta laman
carian

Lawatan Kerja Rasmi YBhg. Dato' Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) ke Projek Pembangunan di Pulau Pinang dan Kedah

16 Oktober 2021 - Lawatan Kerja Rasmi YBhg. Dato' Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM)
ke Projek Pembangunan di Pulau Pinang dan Kedah.

Hari ini, YBhg. Dato’ TKSUK telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Galeri Arkeologi Guar Kepah, Kepala Batas, Pulau Pinang. Delegasi JPM disertai oleh pegawai-pegawai kanan JPM
iaitu Encik Jazmanie bin Shafawi, Setiausaha Bahagian (SUB) Bahagian Pembangunan; dan Encik Adila bin Sabri, SUB Bahagian Khidmat Pengurusan.

Tapak arkeologi Guar Kepah menempatkan sejarah era penempatan manusia zaman Neolitik, yang dipercayai berusia lebih dari 5,000 tahun.
Kolaborasi Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan rakan strategik Universiti Sains Malaysia (USM)
akan membangunkan galeri interaktif digital dengan konsep hijau yang akan memaparkan bukti arkeologi dan warisan Guar Kepah.

Lawatan kerja ini turut diiringi oleh YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Eksekutif NCIA dan turut dihadiri oleh Tuan Zuhair bin Jamaludin,
SUB Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN); Tuan Zulkifli bin Rashid, Pegawai Daerah Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Utara
serta YBhg. Prof. Dato’ Dr. Mohd Mokhtar bin Saidin daripada Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM.

YBhg. Dato’ TKSUK dan delegasi JPM kemudiannya mengadakan lawatan ke tapak projek menaik taraf Medan Selera Usahawan Bumiputera dan Kedah Halal Park di Sungai Petani, Kedah.
Turut sama dalam lawatan ini ialah pegawai-pegawai kanan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).

YBhg. Dato’ TKSUK dan delegasi JPM seterusnya melawat ke projek kerja menaik taraf Mahkamah Butterworth, Pulau Pinang.
Lawatan ini turut dihadiri pegawai-pegawai daripada bahagian pentadbiran mahkamah serta wakil-wakil daripada Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang.


  • Stats on: 2023-09-24
  • Total visited pages: 350
  • Total visitors: 208
  • Average time: 00:12:16
  • Page per user: 1
  • Visitors counter
    863.146
  • Realtime stats
  • Users on page:
  • Visitors:
  • Logged users:
  • Total users:
Prestasi Belanja Mengurus Jabatan Perdana Menteri

Hubungi Kami

JABATAN PERDANA MENTERI
Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia
    2°56'10.4"N 101°41'40.0"E
 603-8000 8000
 603-8888 3904
qr
Web Mobile

Tag Awan

Tarikh Kemaskini :
Jumlah Pelawat :
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366 x 768
Hak Cipta © 2021, Jabatan Perdana Menteri
100173