YBhg. Dato' Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menghadiri Sesi Penyampaian Anugerah AKRAB dan Pementoran Sempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-25 Tahun 2021 secara atas talian me
- : 1991
26 Oktober 2021 - YBhg. Dato' Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menghadiri Sesi Penyampaian Anugerah AKRAB
dan Pementoran Sempena Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-25 Tahun 2021 secara atas talian melalui
Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Majlis Perasmian Persidangan dan Pengumuman Anugerah telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman,
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).
Sesi anugerah secara fizikal diadakan di Bilik Mesyuarat Optimis di Aras 3, Setia Perdana 8, Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Bagi Anugerah AKRAB, JPM telah berjaya memenangi Anugerah AKRAB Gemilang (Kategori Organisasi).
Manakala bagi Anugerah Pementoran, JPM telah berjaya memenangi Kategori Mentor Terbaik oleh Puan Zuraini Binti Mohd Ripin dan
Kategori Menti Terbaik oleh Encik Ahmad Wafiuddin bin Harun.
Turut hadir dalam sesi penyampaian anugerah ialah Encik Shahrul Kamal bin Osman, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia
dan Puan Norhafizah Binti Mohd Azmi, Timbalan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia, JPM.