MAJLIS AMANAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN, JABATAN PERDANA MENTERI
- : 1120
MAJLIS AMANAT TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN, JABATAN PERDANA MENTERI
4 Januari 2022, Putrajaya - YBhg. Dato’ Jamil bin Rakon, menyempurnakan
Majlis Amanat Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK),
Jabatan Perdana Menteri (JPM) di MAKSAK Putra, Putrajaya.
Pada majlis ini juga turut diadakan Pelancaran Pelan Strategik JPM 2021-2025 yang menggariskan
strategi-strategi yang dapat dijadikan panduan kepada warga JPM dalam melaksanakan peranannya.
Majlis yang berlangsung selama dua jam itu dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan),
YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) serta
pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi JPM dan kakitangan JPM dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP)
seperti yang digariskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).