YBhg. Dato’ Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) petang ini menyempurnakan majlis penutup Mesyuarat Perancangan Strategik JPM 2022
- : 1522
14 Januari 2022 - YBhg. Dato’ Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM) menyempurnakan majlis
penutup Mesyuarat Perancangan Strategik JPM 2022, di Dewan MAKSAK Putra, Putrajaya.
Mesyuarat yang telah berlangsung selama dua hari, mulai semalam bertujuan untuk menilai kembali pencapaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT)
tahun 2021, seterusnya menetapkan hala tuju dan perancangan strategik JPM bagi tahun 2022.
Dalam ucapannya, YBhg. Dato’ TKSUK mengharapkan mesyuarat selama dua hari ini dapat menyumbang buah fikiran yang bernas
berdasarkan kepada kepakaran, pengalaman dan pemerhatian setiap peserta terhadap isu dan cabaran dengan menggunakan ‘business tools’
yang telah dikenalpasti melalui ‘Diagnos Pain Point’. Terdapat lapan isu atau cabaran yang telah dibentangkan mengikut
kumpulan-kumpulan yang telah ditetapkan.
Selain itu, mesyuarat ini juga secara tidak langsung menjadi platform yang berkesan untuk mengukuhkan lagi semangat kerja berpasukan
antara pihak pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai kanan JPM.
Turut serta dalam mesyuarat selama dua hari ini juga ialah YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan),
YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan & Pembangunan),
YBhg. Datuk Rozainor bin Ramli, Ketua Pegawai Istiadat Kerajaan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA),
Encik Khairul Azhar (Nik) bin Abu Bakar, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) serta semua
Setiausaha Bahagian dan wakil-wakil Bahagian JPM.