YBhg. Dato’ Jamil bin Rakon, (TKSUK) telah mengadakan lawatan kerja ke projek melandskap semula Sungai Segget dan menaik taraf Jalan Wong Ah Fook di laluan pejalan kaki sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor
- : 809
27 Januari 2022 - YBhg. Dato’ Jamil bin Rakon, (TKSUK) telah mengadakan lawatan kerja ke projek melandskap semula Sungai Segget
dan menaik taraf Jalan Wong Ah Fook di laluan pejalan kaki sekitar Bandaraya Johor Bahru, Johor.
Projek melandskap semula Sungai Segget ini selain bertujuan untuk pembersihan, ianya turut berfungsi sebagai tebatan banjir bagi menghalang kejadian
banjir kilat di pusat Bandaraya Johor Bahru.
Projek ini juga bakal membuka peluang yang luas kepada masyarakat peniaga di kawasan sekitar dan mampu meningkatkan
kedatangan pengunjung dan pelancong.