
Cyberjaya, 22 Februari 2022 – YBhg. Datuk Seri Jamil bin Rakon, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK) Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada pagi ini telah hadir dan menyaksikan Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) sebagai tanda persetujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik dan persefahaman bersama dalam memperkukuhkan aspek pematuhan keselamatan perlindungan.
MoU berkenaan telah ditandatangani oleh YBrs. Tuan Rahimi bin Ismail, Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Pejabat CGSO dan YBrs. Puan Wan Ramiza Binti Wan Ghazali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) HASiL.
Majlis ini telah berlangsung di Dewan Singgahsana 1, Menara Hasil Cyberjaya.