Kursus Pemantapan Diri dan Keutuhan Peribadi Siri 2/2022
- : 1445
Putrajaya, 12 April 2022 - Bahagian Sumber Manusia (BSM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada hari ini telah menganjurkan
Kursus Pemantapan Diri dan Keutuhan Peribadi Siri 2/2022 yang bertajuk "Renungan Ramadan" di Kompleks Setia Perdana, Putrajaya.
Turut hadir ialah YBhg. Datuk Mohammad bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM.
Encik Amin Idris, Personaliti TV dan Motivator telah dijemput untuk menyampaikan ceramah dalam kursus ini.
Objektif kursus diadakan adalah untuk mengupas dan menyampaikan mesej yang memberi semangat utuh kepada para peserta
dalam menyambut Ramadan pada tahun ini.
#JabatanPerdanaMenteri
#KeluargaMalaysia