Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri
- : 1313
Lensa sekitar kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Jemaah Menteri
yang telah diadakan pada hari ini di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong turut mencemar duli beramah mesra dengan rakyat jelata yang hadir pada majlis hari ini.
Pelaksanaan majlis ramah mesra pada tahun ini tidak diadakan pada tarikh 1 Syawal seperti kelaziman pelaksanaannya sebelum ini.
Signifikan pemilihan tarikh 8 Mei 2022 iaitu pada 7 Syawal 1443H adalah untuk memberi peluang orang ramai untuk pulang beraya
dengan keluarga terlebih dahulu di kampung halaman dan meraikan Aidilfitri bersama orang tersayang setelah dua tahun terhalang ekoran pelaksanaan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan COVID-19.