Foto sekitar lawatan YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri ke reruai Keluarga Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sempena Karnival Jom Heboh
- : 834
PUTRAJAYA, 25 Jun 2022 - Foto sekitar lawatan YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri ke reruai Keluarga Malaysia, Jabatan Perdana Menteri (JPM) sempena Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Anjung Floria, Putrajaya pada petang tadi.
Selain mempamerkan konsep Keluarga Malaysia melalui Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), reruai JPM turut mengetengahkan perkhidmatan daripada agensi JPM seperti Lembaga Tabung Haji serta agensi lain seperti Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Prasarana.
Turut hadir semasa lawatan YAB Perdana Menteri ke reruai JPM ialah YB Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan; YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan; YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara; dan YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM.




