YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara mengadakan lawatan ke tapak pembinaan projek Hospital Seri Iskandar, Perak
- : 1367
2 Julai 2022 - Pada tengah hari ini, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara telah mengadakan lawatan ke tapak pembinaan projek Hospital Seri Iskandar, Perak.
Hospital yang dijangka siap pada penghujung tahun 2024 ini bakal memberi aksesibiliti perubatan dan kesihatan kepada lebih 95 ribu penduduk di Seri Iskandar dan sekitarnya.
Lawatan ini juga merupakan salah satu mekanisma pemantauan projek oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri KSN bagi melihat lebih terperinci projek-projek Persekutuan di bawah Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan (DE).
Turut hadir juga ialah YBhg. Dato’ Sollehuddin Alyubi bin Zakaria, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (TKSUK), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

